Siakap Keli

Mydin, Pasar Raya Besar Pertama Di Malaysia Yang Menawarkan Pembayaran Tanpa Sentuhan Melalui ShopeePay

SUBANG JAYA – Rangkaian pemborong dan peruncit tempatan, Mydin  Mohamed Holdings Berhad (MYDIN) kini menawarkan pilihan pembayaran tanpa sentuh ShopeePay di kesemua cawangannya di seluruh negara, ia menjadikan MYDIN pasar raya besar  pertama di negara ini yang menawarkan perkhidmatan terbaharu ini. 

Kerjasama strategik antara MYDIN dan ShopeePay memberikan pilihan pembayaran tanpa  sentuhan baharu untuk pelanggan MYDIN dengan tujuan meningkatkan kecekapan pembayaran  dan menggalakkan pembayaran tanpa sentuhan terutamanya ketika negara berdepan pandemik  ini. 

Datuk Wira (Dr.) Hj Ameer Ali Mydin, Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad berkata, “Mengikut graf trend semasa, lebih ribuan transaksi dilakukan di cawangan-cawangan  kami. Dengan memperkenalkan ShopeePay sebagai salah satu kaedah pembayaran, ia  membantu mempercepatkan proses pembayaran berbanding pembayaran secara tunai di  kaunter. Dengan menggunakan sistem ini, ia juga dapat mengurangkan ralat ketika melakukan  transaksi.” 

“Kami sentiasa melakukan yang terbaik demi memutuskan rantai penularan Covid-19.  Pembayaran tanpa sentuhan merupakan salah satu langkah berjaga-jaga yang berkesan untuk  mengurangkan sentuhan bagi melindungi kakitangan serta pelanggan MYDIN.” 

Sempena kerjasama ini, pelanggan MYDIN boleh menikmati pulangan tunai istimewa bernilai  RM4 apabila mereka berbelanja sekurang-kurangnya RM10 dan membayar dengan ShopeePay  di mana-mana cawangan MYDIN dari sekarang hingga 28 Februari 2021, atau sehingga ia  ditebus sepenuhnya. Para pelanggan juga bakal menerima pulangan tunai RM3 setiap hari bagi  pembelian seterusnya di mana-mana cawangan apabila mereka berbelanja sekurang-kurangnya  RM15 dalam satu transaksi. 

Selain itu, pelanggan yang menggunakan ShopeePay buat kali pertama akan menerima baucar  RM8 apabila mereka melakukan pembelian dengan perbelanjaan minimum RM25. 

Alain Yee, Ketua ShopeePay berkata, “Dengan keadaan semasa, semua pihak sedang  berusaha untuk melakukan segalanya demi menjaga keselamatan, dan ini termasuk bagi  pelanggan dan kakitangan dalam sektor peruncitan. Oleh itu, perniagaan-perniagaan pada masa  ini wajar mengamalkan pembayaran tanpa sentuhan, seperti menggunakan ShopeePay, sebagai  langkah dalam meminimumkan risiko.”

“Dengan adanya ganjaran seperti pulangan tunai, ini juga akan mempercepat penggunaan  pembayaran tanpa sentuhan yang selari dengan visi negara menuju sebuah masyarakat tanpa  tunai.” 

Untuk mula menggunakan ShopeePay dan menikmati penjimatan, para pengunjung boleh  mengambil kesempatan ini untuk membeli peralatan sekolah di MYDIN untuk anak-anak mereka  menjelang permulaan sesi persekolahan tahun 2021. Kempen istimewa “Kembali ke Sekolah  Bersama MYDIN!” berlangsung dari 7 Januari hingga 24 Januari 2021 menawarkan pakaian  seragam sekolah, kasut, stoking, beg sekolah, barangan alat tulis dan banyak lagi dengan  tawaran menarik.