Siakap Keli
Foto: Twitter Najwa

“Nampak Sihat Je, Tau-Tau Dah Stage 4,” Kakak Bangga Adik Akhirnya Dah Sihat Dari Kanser Ovari

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kesakitan yang diterima ahli keluarga pasti akan memberi kesan kepada diri kita. Apatah lagi jika insan tersebut merupakan ‘penyeri’ dalam keluarga.

Semangat dan dorongan daripada keluargalah yang diperlukan untuk mereka yang menghidap penyakit terutamanya kanser. Kita tahu bahawa insan yang mempunyai penyakit kanser ini merupakan orang yang paling kuat.

Demikianlah kisah yang dikongsikan oleh seorang gadis bernama Najwa menerusi laman Twitternya yang berkongsi kisah adik kesayangan yang berusia 12 tahun kini bebas daripada penyakit kanser ovari.

Menurut gadis ini, walaupun adiknya terpaksa melakukan pembedahan membuang satu daripada ovarinya, semangat dan dorongan keluarga membuatkan si cilik ini terus kuat melawan penyakit tersebut.

Proud to announce, my 12 y/o adik already free from ovarian cancer stage 4. Perjalanan yang penuh air mata. Our penceria keluarga is back. A quite tough journey, odl sambil jaga adik yang perlu pemantauan rapi 24 jam. My hero.

“Muka happy lama tak boleh makan aiskrim..”

Macam mana adik mula-mula tahu dia sakit tu?

Physically memang nampak sihat je, tau-tau dah stage 4 masa buat MRI scan untuk buang ketumbuhan. Simptom yang cancer tu memang tak ada langsung sebab dia ceria and aktif je macam selalu… sakit part buang ketumbuhan and post chemo effect je huh.

Bulan 6 haritu ada operation appendix, buat MRI scan tak ada detect apa-apa lagi. Dalam bulan 10 ada macam lump bahagian ovary tu masa buat MRI doktor detect ada cell cancer. Simptom-simptom macam tak ada pun sebab nampak physically sihat. 

“Haritu Doktor mention takda effect pape dekat rahim or apa, cuma buang satu ovary je sebab dah rosak..”

Bulan 10 haritu baru dapat tahu dia cancer stage 4, minggu lepas kimo dia yang terakhir. Tapi memang continuous chemo 5 hari non-stop sebab cancer cell tu aggresive. bila bacaan cell tu dh byk turun baru sambung chemo yang seminggu sekali je. Effect chemo tu seram la.

Apa-apapun, kami doakan adiknya sentiasa diberikan kesihatan yang baik.

 

Sumber: Najwa

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang