Beberapa nutrisi di dalam makanan dapat meningkatkan kadar oksigen di dalam tubuh dan membuat keadaan saluran pernafasan menjadi lebih baik untuk bernafas. Makanan-makanan yang meningkatkan kadar oksigen di dalam tubuh tersebut juga sangat membantu orang-orang yang menghidap asma, alahan atau sedang mencuba untuk berhenti merokok. Nak tahu apakah itu? Berikut ini adalah 11 jenis makanan yang membuat pernafasan menjadi lebih baik, seperti yang dipetik dari laman the Healthy.
1. Epal
Buah epal diperkaya dengan asid fenolik dan flavonoid yang dipercayai untuk mengurangkan peradangan pada saluran udara, ciri-ciri umum dari asma. “Asma telah meningkat dalam kelaziman,” kata Pengarah Perubatan di Hospital Plainview di New York, Amerika Syarikat, Alan Mensch, MD. “Beberapa orang membuat spekulasi itu kerana diet sihat telah berubah ke diet yang kurang sihat selama beberapa dekad terakhir,” sambung dia. Tapi jangan khuatir, bagi penghidap asma dan gangguan pernafasan lainnya boleh mula dengan rutin mengamalkan epal, serta tetap menerapkan pola permakanan sihat.
2. Minyak zaitun
Lemak mono dan tak tepu serta fitonutrien yang terdapat dalam minyak zaitun sangat baik untuk kesihatan kulit, rambut, jantung, dan paru-paru. Faktanya, minyak zaitun dapat membantu melawan risiko pe yakit yang terkait dengan polusi udara seperti peningkatan tekanan darah, gangguan saluran darah dan faktor lain yang membuat pernafasan lebih sukar. Sebuah kajian Agensi Perlindungan Alam Sekitar memberikan minyak zaitun pada responden yang terdiri dari orang-orang dewasa. Setelah satu bulan, peserta menghirup udara yang disaring dan udara yang tercemar selama beberapa jam.
Hasilnya, minyak zaitun dapat meningkatkan tindak balas saluran darah terhadap gangguan stress dan melarutkan gumpalan darah yang dapat menyebabkan sesak napfas. Para penyelidik percaya, asid oleat dan komponen anti-peradangan yang ditemukan dalam minyak zaitun mungkin kunci bagi masalah pada saluran pernafasan. Menurut penasihat ilmiah senior untuk American Lung Association, Norman H. Edelman, MD, minyak zaitun membantu melawan kesan utama pencemaran. “Minyak zaitun menghambat peradangan dan molekul buruk yang berasal dari peradangan, yang merupakan oksidan,” ungkap dia.
3. Kopi
Secangkir kopi tidak hanya memberi sokongan pada otak, tetapi juga boleh meringankan gejala asma. “Kafein adalah bronkodilator ringan. Namun, tidak dapat dibandingkan dengan inhaler,” ujar Dr Mensch. Mengamalkan kopi di waktu pagi memang dapat meningkatkan pernafasan, tetapi kesannya tidak berlaku dalam jangka waktu lama. Maka dari itu, paling selamat anda harus selalu membawa inhaler jika asma mengalami perulangan sewaktu-waktu.
4. Salmon
Banyak orang mengetahui ikan salmon sebagai makanan yang sihat dan berkesan dalam membantu menurunkan berta badan. Di samping itu, asid lemak omega-3 yang ditemukan pada salmon juga membantu mengurangkan peradangan di paru-paru dan melawan bakteria. “Peradangan adalah serigala jahat besar dalam sistem biologi sekarang,” kata Dr Edelman.
5. Teh hijau
Secangkir teh hijau panas sarat dengan antioksidan yang menenangkan tubuh, mengurangkan peradangan dan meningkatkan penyembuhan yang lebih baik. Teh hijau mengandungi sebatian kuersetin yang merupakan antioksidan untuk melawan peradangan yang dapat menyebabkan gejala alergik. Membuat teh hijau panas juga bagus untuk menenangkan kerongkong dan melindungi paru paru dari jangkitan dengan menyiram selaput lendir. “Sangat penting untuk tetap terhidrat dengan baik untuk memastikan rembesan lendir nipis dan mengalir untuk membantu menjaga saluran udara sentiasa dalam keadaan baik.” Demikian disampaikan oleh Stephanie Schiff, RDN, ahli diet di Hospital Huntington di Huntington, New York.
6. Bijirin penuh
Meskipun kecil, namun bijirin penuh memiliki manfaat yang besar dalam mencapai kesihatan paru paru yang optimum. Biji labu, biji bunga matahari dan biji rami dapat memberikan bantuan magnesium yang melimpah, serta mineral penting bagi penghidap asma. Magnesium membantu otot-otot di saluran udara rileks dan mengurangi peradangan, sehingga kita dapat bernafas dengan baik dan lebih mudah. Bijirin yang berkhasiat tersebut dapat dinikmati sebagai snek, campuran untuk smoothie, atau taburkan pada salad.
7. Sayuran s
Sayuran jenis seperti brokoli, brussel, kangkung dan bunga kubis dapat membantu mengurangkan risiko kanser paru-paru. Sebuah kajian dalam Journal of the National Cancer Institute menunjukkan, wanita yang makan lebih dari lima hidangan buah dan sayuran, termasuk sayuran tersebut memiliki risiko lebih rendah terkena kanser paru-paru. Keluarga sayuran ini kaya akan glukosinolat, sebatian semula jadi yang telah ditemukan untuk menghalang perkembangan beberapa jenis kanser pada haiwan dan manusia. Sayuran ini dapat menghalang terjadinya kanser paru-paru dengan menyahaktifkan sel kanser dan mengurangkan peradangan.
8. Buah-buahan dan sayuran jingga
Buah-buahan dan sayuran berwarna jingga seperti labu, limau dan betik penuh dengan antioksidan yang mesra terhadap paru-paru. Vitamin C di dalam buah-buahan dan sayuran jingga terkenal dapat melawan jangkitan dan peradangan, khususnya alahan dan asma. Vitamin C juga berperanan dalam mengurangkan frekuensi gejala asma yang teraruh olahraga sebanyak 52 peratus. “Ahli diet sering menyarankan kita untuk mengamalkan makanan yang bervariasi untuk mendapatkan sampel antioksidan yang baik,” ujar Dr Schiff.
9. Bawang putih
Bawang putih memiliki sifat anti-peradangan dan mengurangkan kerosakkan yang disebabkan oleh radikal bebas. Sebuah kajian dalam jurnal Cancer Epidemiology, Biomarkers & Prevention menemukan, orang yang makan bawang putih mentah, lebih kecil kemungkinannya untuk mengembangkan kanser paru-paru. Lebih lanjut, perokok yang makan bawang putih mentah memiliki risiko kanser paru-paru 40 peratus lebih rendah, dibandingkan dengan perokok yang tidak makan bawang putih mentah. “Namun itu bukan alasan untuk tetap merokok,” tegas Dr Edelman. “Hal yang terbaik bagi perokok adalah berhenti merokok,” lanjut dia.
10. Gandum penuh
Gantilah roti putih dengan bijirin penih atau whole grain yang berserat seperti gandum, quinoa dan beras merah. Diet yang terlalu banyak karbohidrat dapat meningkatkan penghasilan karbon dioksida dan menempatkan lebih banyak stress pada paru-paru. Sehingga hal tersebut dapat membuat kita lebih sukar untuk bernafas.
11. Kacang
Kacang memberi tubuh lebih banyak vitamin E yang membantu mengurangkan peradangan, meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan meningkatkan kesihatan sel darah merah, yang memberikan lebih banyak oksigen pada tubuh. Membekalkan oksigen yang stabil mencegah saluran darah di paru-paru menyempit dan membantu kita bernafas dengan lebih baik. “Diet yang kaya akan sumber vitamin dan rendah makanan yang diproses, serta gula dapat membantu menjaga paru-paru dalam keadaan prima,” kata Dr Schiff. Kekacang juga merupakan snek pasca latihan yang sihat. Mengambilnya setelah melakukan latihan dapat membina kekuatan paru-paru.
Sumber- The Healthy