BEIJING – Kereta api berkelajuan tinggi jenis baru Fuxing yang dipercayai mampu beroperasi di bawah suhu serendah -40 Celsius mula diumumkan di Beijing pada hari Khamis yang lalu. Kereta api model CR400AF-G itu dikatakan menghubungkan Beijing dengan destinasi timur laut termasuk Shenyang dan Harbin.
Menurut Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Perbandaran Beijing mendakwa tarikh rasmi perkhidmatan kereta api itu masih belum dinyatakan beroperasi.
Menurut laporan, kereta api yang mempunyai jalur merah itu dipercayai mampu bergerak dengan kelajuan 350 kilometer sejam dan mampu membawa sebanyak 1,080 penumpang.
Disebabkan kereta api itu dilapor mampu beroperasi di bawah suhu serendah -40 Celcius, pihak pemaju berkata, mereka telah mengambil langkah keselamatan dengan menambahkan sistem brek dan juga pemanasan elektrik yang unik.
Sistem pengereman dipercayai dapat mengelakkan brek membeku, kata Zhou Song, pengarah pusat kereta api peluru China Railway Beijing Group.
China Daily mengatakan kereta api model CR400AF-G akan diperiksa setiap 48 jam di mana setiap pemeriksaan akan berlangsung sehingga lima jam dan ia akan dilakukan oleh lima petugas.
Bagaimanapun, ia dilaporkan kereta api berkelajuan tingga jenis kedua yang dipercayai beroperasi di bawah suhu yang rendah.
Jenis lain dikatakan sedang beroperasi di landasan kereta api yang menghubungkan Beijing dengan Kawasan Baru Xiong’an wilayah Hebei dan Zhangjiakou, kata Zhou.
Sumber: ChinaDaily