Seperti yang kita ketahui, menurunkan berat badan bukanlah suatu perkara yang mudah. Ramai yang berjaya dan ada juga yang terkandas di persimpangan jalan.
Perjalanan untuk menurunkan berat badan juga tiada istilah jalan pintas untuknya. Walaupun begitu, ianya bukanlah suatu perkara yang mustahil.
Dengan keazaman, disiplin yang tinggi serta rutin dan cara pemakanan yang betul, ianya pasti boleh dicapai.
Seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Abdullah Faiez Abd Rahman ini, beliau berjaya menurunkan berat badannya daripada 120kg sehingga 65kg.
Apakah rahsianya? Bagi mengetahui tips atau rahsianya dalam menurunkan berat badan, ikuti perkongsiannya seperti berikut:
Sekadar berkongsi pengalaman, memberi inspirasi dan tips pada yang mula berdiet
Kedua adalah cara yang saya buat
Saya lebih gemar dapatkan defisit kalori melalui senaman. Contoh kalori intake saya 2000 kalori sehari, saya makan 2000 kalori sehari. Jadi tak de defisit di situ kan. Jadi saya akan bersenam dan burn around 500 kalori sehari untuk dapatkan defisit kalori. Selain dapat defisit saya dapat manfaat lain, iaitu meningkatkan stamina dan cardiovaskular.
𝗦𝘂𝗸𝘂 𝘀𝘂𝗸𝘂 𝘀𝗲𝗽𝗮𝗿𝘂𝗵 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗯𝗲𝘀𝘁 𝘄𝗮𝘆 𝘂𝘁𝗸 𝗯𝗲𝗿𝗱𝗶𝗲𝘁..𝗽𝗲𝗿𝗰𝗮𝘆𝗮𝗹𝗮𝗵
Sumber: Abdullah Faiez Abd Rahman Via Diet Suku Suku Separuh
Beli Minyak Hitam PETRONAS Dapat Bawa Balik Sebuah Motosikal YZF-R25, Ini Caranya Yang Korang Perlu Buat
Posted by Siakap Keli on Tuesday, December 22, 2020