Siakap Keli
Gambar: Korea Boo

Umur Dah Lebih 30 Tahun Tapi Berwajah Budak Comel, Lelaki Ini Hidap ‘Highlander Syndrome’ Dan Belum Melalui Akil Baligh

Seorang lelaki di Korea Selatan yang mempunyai rupa seakan kanak-kanak ini sebenarnya berusia 32 tahun kerana dilaporkan menghidapi ‘Highlander Syndrome’, lapor Korea Boo.

Shin Hyomyung memiliki wajah yang tak ubah seperti pelajar sekolah dan turut memiliki suara yang tinggi seperti kanak-kanak.

Dengan rupa yang sebegini, dia sepatutnya berusia dalam lingkungan 12 tahun. Pun begitu, percaya atau tidak, dia sebenarnya berusia dalam lingkungan 30 tahun, lapor portal koreaboo.com.

Shin Hyomyung difahamkan mengalami penyakit yang jarang terjadi dikenali sebagai ‘Highlander Syndrome’, yang menyebabkan tubuhnya berusia dengan kadar yang sangat perlahan. Kerana keadaannya itu, dia turut dilaporkan belum melalui fasa akil baligh.

Dia dilaporkan membesar sama seperti kanak-kanak lain. Namun ketika usianya mencecah di sekolah menengah, tubuhnya telah berhenti untuk membesar. Pada ketika itu, ketinggiannya dilaporkan setinggi 163cm.

Pun begitu, rupanya itu tidak menghalangnya dalam berusha menjalani kehidupan yang normal. Dia dilaporkan meminum alkohol dan pergi ke kelab seperti lelaki Korea normal.

Doktor menyatakan bahawa selain rupanya yang tampak tidak berusia, kesihatannya langsung tidak terjejas.

Berikut adalah video kehidupan sehariannya:

Sumber: Korea Boo

Aqmal Ezany

I write what is right