Siakap Keli
Kredit: Google

Anda Positif COVID-19? KKM Dedah 5 Kriteria Yang Mungkin Anda Sesuai Untuk Duduk Di Rumah

Kementerian Kesihatan (KKM) menjelaskan lima kriteria pesakit COVID-19 yang dibenarkan kuarantin sendiri di rumah masing-masing.

Berikut merupakan lima kriteria tersebut berdasarkan kenyataan KKM :

  1. Tidak bergejala atau bergejala ringan
  2. Bukan golongan berisiko tinggi (seperti orang tua, kanak-kanak, pesakit kronik dan wanita hamil)
  3. Mempunyai penjaga yang sesuai
  4. Kesesuaian rumah untuk pengasingan diri
  5. Boleh dihubungi sepanjang masa melalui telefon

Selain itu, menurut Bernama, orang ramai yang menjalani ujian dan disahkan positif COVID-19 juga boleh melaporkan sendiri kepada pihak KKM melalui aplikasi MySejahtera.

Hal ini bagi melancarkan pengurusan kes positif wabak berkenaan serta memutuskan rantaian jangkitan dalam komuniti dengan lebih berkesan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Sumber: KKM, Bernama

Amira

Love yourself.