Siakap Keli
Gambar Via Safurah Amdan

Hadiahkan Anak ‘Handphone’ Untuk Kelas Online, Ibu Bapa Ini Guna Aplikasi ‘Family Link’, Pantau Anak Belajar

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Setelah beberapa hari kerajaan melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP) di seluruh negara, semua pendidikan terpaksa dilakukan secara atas talian. Bermula pada 20 Januari 2021, semua sekolah dibuka seperti biasa dan anak-anak perlu fokus dalam pelajaran walaupun tidak dilakukan secara bersemuka.

Ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang masih bersekolah, mereka mempunyai peranan yang sangat penting bagi memastikan anak-anak tidak ketinggalan pelajaran dan mendapatkan ilmu yang bermanfaat dari guru.

Pun begitu, peranan ibu bapa juga begitu penting dalam menyediakan alatan belajar bagi anak-anak yang masih bersekolah rendah seperti laptop, telefon bimbit dan sebagainya. Anak-anak yang masih kecil mungkin perlu dipantau dengan penggunaan alatan komunikasi kerana bimbang mereka tidak mendapat ilmu yang sepatutnya dipelajari.

Begitu juga kisah seorang pengguna Facebook yang bernama Safurah Amdan. Beliau berkongsi cara untuk pantau anaknya ketika belajar secara atas talian menggunakan aplikasi ‘Family Link’. Aplikasi ini sangat membantu ibu bapa bagi memastikan penggunaan gajet anak-anak dalam keadaan terkawal.

Ikuti perkongsiannya di bawah :

Hadiah Untuk Kakak.
Sempena PKP dan Sekolah secara online dirumah akan bermula esok 20hb, Ibu dan Abah hadiahkan handphone pada Kakak.
Tetapi tetap ada terma syarat nya dan pantauan dari Ibu Abah. Salah satu cara nak pantau adalah menggunakan Apps “Family Link” seperti gambar dibawah.
.
Bagusnya apps ni setiap apa yang anak nak install apps perlu APPROVED dari Ibu Abah dulu.
Ibu Ayah yang lain boleh guna apps ni juga.
.
Semoga dengan gajet gajet ni menambahkan kebaikan lagi pada anak-anak Kita.
.
Cuma Ibu terpikir waktu PKP memerlukan belajar secara ONLINE ni, macamana lah keadaan Ibu Ayah yang ada anak ramai yang bersekolah? 4-5 orang jenuh nak kena ada handphone / laptop masing-masing?
Semoga Allah permudahkan segala urusan Kita semua. #Aamiin.
.
#KakFuraShare
#SAFURAH