Siakap Keli
close up photo of man eating burger and french fries

Jangan Makan Dengan Terburu-Buru, Boleh Menyebabkan Kegemukkan Dan Penyakit Lain

Cara makan setiap orang adalah berbeza-beza. Ada orang yang terbiasa makan dengan laju, sementara yang lain memerlukan waktu yang agak lama untuk dapat menghabiskan makanan mereka. Bagi anda yang terbiasa makan terlalu cepat, alangkah baiknya untuk dapat menghilangkan kebiasaan tersebut.

Dalam dunia yang sibuk sekarang ini, banyak orang memang sering kali makan dengan cepat dan terburu-buru. Namun, hal itu dapat memberikan kessan buruk untuk kesihatan. Apakah kesan sampingan itu?

1. Obesiti

Memetik artikel dari Health Line, otak manusia memerlukan waktu untuk memproses signal kekenyangan. Faktanya, otak anda mungkin memerlukan waktu hingga 20 minit untuk menyedari bahawa anda sudah kenyang. Saat anda makan dengan cepat, jauh lebih mudah untuk makan lebih banyak daripada yang sebenarnya diperlukan tubuh Anda. Seiring berjalannya waktu, pengambilan kalori berlebihan akan menyebabkan penambahan berat badan.

Sebuah kajian pada kanak-kanak menemukan bahawa 60 peratus dari mereka yang makan dengan cepat, juga akan makan berlebihan. Mereka yang makan dengan cepat juga 3 kali lebih cenderung untuk mengalami kelebihan berat badan atau obesiti. Oleh itu, makan cepat telah dikaji sebagai faktor risiko yang berpotensi menjadi berlebihan berat badan dan gemuk.

2. Diabetes

Makan dengan itu sendiri tidak menyebabkan diabetes tahap 2. Tetapi, ada kemungkinan bahawa kebiasaan makan dengan terburu-buru dapat memberikan rangsangan tambahan pada tubuh ke arah itu. Sebabnya, makan terlalu cepat dikaitkan dengan risiko halangan insulin yang lebih tinggi, yang ditandakan dengan kadar gula darah dan insulin yang tinggi.

Keadaan ini terjadi ketika badan tidak menggunakan insulin secara efektif dan dapat menyebabkan diabetes tahap 2 terjadi. Pastinya, makan dengan cepat berhubungan dengan obesiti sebagai penyebab utama halangan insulin. Namun, sebuah kajian menemukan bahawa, makan dengan terburu-buru dapat juga menambah risiko seseorang terkena diabetes tihap 2 meski mereka mengawal tingkat body mass index (BMI).

3. Sindrom metabolik

Berdasarkan laman Clean Eating, makan denga terburu-buru dan kenaikan berat badan yang terkait dapat meningkatkan risiko sindrom metabolik, iaitu sekumpulan faktor yang meningkatkan risiko bukan hanya diabetes, tetapi juga penyakit jantung dan stroke. Sebuah kajian melibatkan hampir 9.000 orang usia lebih dari 40 tahun yang tidak memiliki sindrom metabolik pada awalnya. Selama tiga tahun ke depan, mereka yang makan dengan terburu-buru diketahui lebih cenderung mengalami sindrom metabolik daripada mereka yang makan dengan lebih perlahan.

Secara khusus, mereka yang makan dengan laju cenderung memiliki lingkaran pinggang yang besar dan kadar kolesterol baik (HDL) yang rendah. Keadaan ini adalah dua faktor risiko yang membentuk sindrom metabolik, dan sering kali merupakan pertanda penyakit jantung. sekumpulan faktor risiko yang dapat meningkatkan risiko diabetes dan penyakit jantung.

4. Gastrik

Makan terburu-buru juga dikaitkan dengan gastrik erosif, radang yang memakan lapisan perut, menyebabkan kerosakan dangkal atau ulser dalam. Dalam kajian dari Korea, lebih daripada 10,000 pesakit menjalani ujian termasuk endoskopi gastrointestinal atas, prosedur yang menggunakan tiub ringan dengan kamera kecil yang mengalir ke kerongkong, melalui kerongkongan dan masuk ke perut.

Doktor lebih cenderung menemui tanda-tanda gastrik erosif pada pesakit yang mengatakan bahawa mereka adalah pemakan cepat. Salah satu sebab yang mungkin adalah bahawa orang yang menelan makanan mereka secara tergesa-gesa cenderung makan berlebihan. Sementara itu, makan berlebihan, boleh menyebabkan makanan duduk lebih lama di perut, sehingga lapisan perut terdedah kepada lebih banyak asid perut.

5. Tersedak

Seseorang yang makan terlalu cepat lebih banyak menelan terus makanan daripada mengunyahnya. Keadaan ini berisiko menyebabkan mereka tersedak. Kejadian tersedak kiranya tak boleh dianggap remeh. Sementara dalam dunia perubatan, tersedak dapat mengakibatkan kematian. Di mana, tersedak dapat menyebabkan iritasi pada kerongkong, kerosakan tenggorokan, hingga kematian akibat sesak nafas. Oleh sebab itu, penting untuk mengajar anak-anak untuk dapat makan secara perlahan dan mengunyah makanan dengan hati-hati untuk mencegah tersedak.

Sumber- Healthline

Faiz Mustafa