Menanam pokok bunga boleh dikategorikan sebagai satu hobi buat mereka yang sukakan keindahan tumbuhan. Mungkin ada segelintir mengangggap tumbuhan pokok bunga boleh dijadikan terapi kepada stress, memberi ketenangan, kepuasan dan sebagainya.
Namun, bagi mereka yang baru nak mula menanam pokok bunga, mereka mungkin tidak tahu cara untuk meletakkan sukatan baja dan bertindak untuk letak mengikut kesesuaian dan keinginan sendiri. Cara seperti berikut boleh menjadikan pokok bunga anda tidak tumbuh dengan baik sekiranya ia berlebihan atau berkurang baja.
Menerusi perkongsian seorang pengguna Facebook Mohd Azrin Roselan, beliau ada kongsikan panduan membaja untuk pokok dalam pasu atau bekas. Cara tersebut sangat berguna kepada mereka yang tidak tahu sukatan baja yang perlu diletakkan kepada pokok bunga atau tumbuhan di rumah.



