Siakap Keli
Gambar via Daily News

China Dilapor Bina Pusat Kuarantin Baru, Bimbang Kemunculan Semula COVID-19

China dilaporkan sedang membina pusat kuarantin secara besar-besaran yang mampu menampung lebih dari 4,000 orang berikutan wabak COVID-19 yang menimbulkan kebimbangan di timur laut negara itu menjelang cuti Tahun Baru Cina.

Menurut laporan CNN, pada awalnya pembinaan yang dibina di pinggir Shijiazhuang dirancang untuk 3,000 orang namun pihak berkuasa mendakwa telah memperluaskannya sehingga 4,160 orang. Hal ini, ribuan pekerja pembinaan dilaporkan dihantar minggu lalu untuk membantu menyelesaikan projek tersebut secepat mungkin.

Berikutan itu, projek pembinaan tersebut didakwa bermula pada 12 Januari yang lalu dan kini terdapat satu bahagian bangunan dilaporkan sudah siap untuk digunakan. Tindak balas tegas negara China terhadap wabak berkenaan dipercayai dapat membantu dalam mengawal wabak serta jumlah kematian.

Gambar via Daily News

Kini, China memaklumkan sedang berusaha untuk mengambil langkah keselamatan untuk menghadapi penularan wabak yang kian meningkat di Hebei dan wilayah utara yang lainnya. Kebanyakkannya telah menjalani kawalan pergerakan dan kuarantin setelah puluhan kes dilaporkan dalam beberapa hari terakhir ini.

Selain pusat kuarantin, beberapa hospital baru turut dilaporkan sedang dibina di Hebei untuk menerima kemasukan pesakit COVID-19 di mana ia mempunyai sebanyak 1,500 bilik dan ia didakwa telah dibina dalam tempoh lima hari.

Sumber: Daily News

Nabila

Memilih untuk menjadikan pena sebagai duri yang memberi manfaat kepada manusia