Siakap Keli
Gambar : Bernama

“Kekalkan Gear Rendah,” JPJ Kongsikan 4 Tips Memandu Ketika Musim Banjir

Banjir yang melanda beberapa buah negeri pada awal tahun ini telah menyebabkan banyak kerosakan serta kerugian yang terpaksa ditanggung oleh banyak pihak.

Antara kerugian yang dimaksudkan adalah kerosakan kenderaan seperti kereta. Walaupun jalan raya dipenuhi dengan air, namun ada juga pemandu yang terpaksa meredah air banjir. Pun begitu, ianya perlulah dilakukan dengan cara yang betul.

Justeru daripada itu, JPJ malaysia berkongsikan tips memandu ketika musim banjir melalui Twitter rasmi mereka.

Berikut perkongsiannya:

1. Kekalkan gear rendah, 1 bagi kereta manual manakala D2 kereta auto dan kekalkan pemanduan dalam air banjir.

2. Hadkan kelajuan antara 5 hingga 15KM/J dan jarakkan kenderaan anda dengan kenderaan di hadapan.

3. Cari laluan alternatif dan elakkan kawasan yang dilanda banjir teruk.

4. Selepas lepasi banjir, keringkan brek. Cara untuk keringkan brek ialah dengan pandu perlahan hadkan 10-15 KM/J sambil menekan pedal brek dan minyak serentak. Ini akan menghasilkan haba yang mempercepatkan pengeringan brek. Apabila sudah terasa sedikit cengkaman, uji brek pada kelajuan  20-25 KM/J, ulang proses hingga dapat cengkaman memuaskan.

Sumber : JPJ Malaysia

Aziezzan