Siakap Keli
Gambar Via Kumparan.com

Gara-gara Pakai Produk Kosmetik Tamat Tarikh Luput, Muka Wanita Ini Bertukar Jadi Bengkak Dan Naik Ruam Merah

Wanita sememangnya sukakan kecantikan lebih-lebih lagi jika diserikan dengan produk kosmetik. Kebanyakan mereka di luar sana memilih untuk memakai pelbagai jenama produk kosmetik bagi meningkatkan keyakinan dan keselesaan diri.

Pun begitu, ada juga yang sanggup membelanjakan ratusan wang bagi mendapatkan barangan kosmetik bagi menyerikan raut wajah mereka. Justeru, ada juga sesetengah individu yang membeli dengan banyak produk kosmetik dan menyimpan sehingga tamat tarikh luput.

Begitu juga dengan kisah seorang remaja dari Indonesia yang memuat naik gambarnya di Twitter setelah menggunakan produk kosmetik yang sudah tamat tarikh luput. Muka remaja tersebut kelihatan bengkak dan mempunyai ruam merah setelah menggunakan make up remover dan foundation yang telah expired.

“Sebelum pakai make up, pastikan anda semua periksa dahulu tarikh luput produk tersebut supaya muka tidak breakout, bengkak, luka atau bernanah”, katanya.

Remaja tersebut mengakui beliau tidak periksa dahulu barang kosmetik sebelum digunakan pada muka. Setelah beberapa minit memakai produk tersebut, beliau mendapati mukanya terus menjadi bengkak dan menjadi merah.

Mengikut kajian dari London Metropolitan University, penggunaan produk kosmetik yang mempunyai tamat tarikh luput mengandungi bakteria Enterococcus faecalis iaitu sejenis bakteria yang berbahaya kepada kulit.

Oleh itu, jika anda dapati barang kosmetik anda sudah tamat tarikh luput, pastikan terus buang dan jangan digunakan lagi.

Sumber : Kumparan.com