Siakap Keli
Gambar via Daily Mail

Jerman Bina Tempat Perlindungan ‘Ulmer Nest’, Rumah Untuk Gelandangan Berteduh Di Musim Sejuk

Bandar Ulm di Jerman telah memperkenalkan tempat perlindungan bagi golongan gelandangan yang disebut sebagai ‘Ulmer Nest’ pada 8 Januari yang lalu dan diletakkan di beberapa kawasan di Jerman. Hal ini bagi melindungi golongan berkenaan pada malam musim sejuk yang akan berlaku.

Menurut laporan, kabin kayu dan keluli yang digunakan dipercayai dapat memberi perlindungan terbaik terhadap cuaca sejuk, angin, kelembapan dan juga dilengkapi dengan penebat haba. Malah, ia memberi peredaran udara yang segar dan mampu memuatkan 2 orang di dalamnya.

Gambar via Daily Mail

Dari laman Facebook rasmi inisiatif itu, pihak berkenaan mengatakan bahawa pemasangan struktur terpaksa ditangguhkan tetapi mereka memaklumkan akan menyediakannya tepat pada waktu sebelum malam musim sejuk.

Hal ini kerana bagi membuat beberapa penambahbaikan dan reka bentuk semula untuk memastikkan penggunaan jangka panjang. Ulmer Nest juga dilaporkan akan dilengkapi dengan panel suria dan disambungkan ke rangkaian radio yang membolehkan penghuninya berkomunikasi tanpa bergantung rangkaian mudah alih.

Gambar via Daily Mail

Bagaimanapun, Flaco Pross yang merupakan pereka Ulmer Nest berkata, pengguna tidak perlu mengisi sebarang dokumen atau melakukan pendaftaran untuk mengguna tempat tinggal tersebut. Hal ini, dirinya juga boleh melakukan badan amal dengan menjaga dan menjalinkan hubungan erat bersama gelandangan.

Sumber: Daily Mail

 

Nabila

Memilih untuk menjadikan pena sebagai duri yang memberi manfaat kepada manusia