Siakap Keli
Gambar: Bernama

COVID : Thailand Perketat Kawalan Di Sempadan Thailand-Malaysia

BANGKOK, 23 Jan  — Thailand memperketatkan kawalannya di sempadan Thailand-Malaysia untuk mencegah penyeludupan migran dan mengekang penularan pandemik COVID-19.

Komander Tentera Bahagian Ke-4 Leftenan Jeneral Kriangkrai Srirak berkata penularan COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia telah menyebabkan migran berhasrat pulang ke kampung halaman.

Sejak Oktober tahun lepas hingga semalam, beliau berkata pihak berkuasa keselamatan negara itu telah menahan 624 migran termasuk dari warga Myanmar seramai 408, Laos (76), Kemboja (64) dan Malaysia (21) yang cuba menyelinap masuk ke Thailand melalui jalan tikus di kawasan sempadan.

“Pihak berkuasa keselamatan akan memperketat kawalan di sempadan khususnya daerah Tak Bai, Sungai Kolok dan Wang.

“Kami akan bekerjasama dengan semua pihak untuk menyekat penyeludupan migran dan pada masa yang sama, mempergiatkan usaha untuk memburu sindiket yang terlibat,” katanya pada sidang media.

Beliau juga berkata sebanyak 13 tangkapan telah dilakukan di Narathiwat, Pattani, Songkhla dan Nakhon Si Thammarat.

Sumber: BERNAMA

Aqmal Ezany

I write what is right