Siakap Keli
Gambar: Twitter

(Video) Seakan Tahu Bahaya, Rakaman Kucing Cuba Halang Budak Memanjat Di Balkoni Jadi Perhatian

Satu rakaman yang memaparkan seekor kucing seakan menjadi penjaga kepada seorang budak telah menjadi tular di media sosial Twitter.

Rakaman tersebut bermula dengan kucing berkenaan seakan memarahi kanak-kanak itu kerana dia meletakkan tangannya pada besi di balkoni itu.

Kucing tersebut dilihat seakan berwaspada kerana tidak mahu budak itu tercedera dalam kata lain bertindak sebagai penjaga budak tersebut.

Video tersebut telah menjadi tular di media sosial Twitter. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih daripada 650 ribu kali oleh warganet.

Sumber: buitengebieden_

Aqmal Ezany

I write what is right