Siakap Keli
Gambar: Bernama

TERKINI: 3,346 Kes Baharu COVID-19 Dan 11 Kematian Baharu Dilaporkan, Selangor Catat Kes Harian Tertinggi Iaitu 950 Kes

Keetua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat 3,346 kes baharu Covid-19 yang dilaporkan pada hari ini.

Menerusi maklumat yang dikongsikan melalui akaun Facebook rasminya, 3,346 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 yang dilaporkan meningkat kepada 183,801 kes secara keseluruhan.

Daripada 3,346 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 3,339 merupakan kes tempatan manakala 7 lagi adalah kes import.

Jumlah kes aktif yang dilaporkan pula adalah sebanyak 41,677 kes. Mereka telah diasingkan dan diberikan rawatan.

Terdapat 265 kes yang sedang dirawat di ICU dan daripada itu, 102 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Jumlah kes discaj yang dilaporkan pada hari ini pula adalah sebanyak 4,427 kes. Oleh itu, jumlah kumulatif kes discaj meningkat kepada 141,446 kes.

KKM juga turut memaklumkan bahawa terdapat 11 kes kematian yang dicatatkan pada hari ini.  Justeru, jumlah kumulatif kes kematian meningkat kepada 678 kes.

Sumber: Noor Hisham Abdullah

Aqmal Ezany

I write what is right