Siakap Keli

Kerajaan Tawar Bantuan Pakej Pelan Data Dan Diskaun Peranti Kepada Pelajar IPT Golongan B40

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah melancarkan satu inisiatif kepada semua pelajar golongan B40 institusi pengajian tinggi iaitu Pelan Data dan Peranti secara bersasar sejak 30 Oktober 2020 lalu.

Menerusi kenyataan media daripada Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini  hari ini berkata inisiatif KPT juga termasuklah mendapatkan tawaran terbaik daripada syarikat pembekal pelan data dan peranti seperti yang dinyatakan berikut;

Bukan itu sahaja, KPT juga telah mengadakan perbincangan bersama Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk inisiatif pinjaman kewangan di bawah SKim BSN MyRinggit-COMSIS bagi mempembelian komputer riba oleh pelajar IPT.

“KPT sangat komited untuk memastikan semua pelajar IPT tidak ketinggalan dan mampu mendapatkan capaian internet walau di mana berada,” jelasnya dalam kenyataan tersebut.

Sumber: KPT

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang