Satu lagi penyakit yang dikenalpasti dalam kalangan masyarakat di Malaysia iaitu penyakit Kusta atau dikenali sebagai penyakit Hansen. Ia merupakan penyakit berjangkit yang kronik disebabkan oleh sejenis kuman Mycobacterium leprae. Boleh rujuk di sini.
Menerusi laman Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyeru kepada kontak pesakit Kusta untuk menerima rawatan segera di klinik kesihatan berdekatan.
Penyakit ini menyebabkan seseorang mempunyai tompok-tompok putih atau merah tembaga di kulit dan TIDAK GATAL, kurang atau hilang deria sentuh ia kemungkinan Kusta.
Selain itu, pesakit akan mengalami kelemahan otot di tangan atau kaki dan tidak diketahui puncanya.
Jika anda salah seorang yang dijangkiti penyakit ini, sila dapatkan rawatan segera sebelum ia berjangkit kepada orang lain.
KUSTA: Segera ke klinik kesihatan berdekatan jika anda:
🔴 Merupakan kontak kepada pesakit Kusta
🔴 Mempunyai tompol-tompok putih atau merah tembaga di kulit dan TIDAK GATAL
🔴 Mengalami kelemahan otot di tangan atau kaki dan tidak diketahui puncanya.#Leprosy pic.twitter.com/Txn5T8DqI1— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) January 26, 2021
Sumber: KKM