Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Ribut Petir, Hujan Lebat Di Tujuh Negeri Petang Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan ramalan hujan lebat, ribut petir dan angin kencang melibatkan tujuh negeri sehingga jam 6 petang ini.
Menurut kenyataan, amaran berkenaan dikeluarkan untuk seluruh kawasan di Perlis dan beberapa daerah di Kedah, Perak, Pahang, Johor, Sarawak, dan Sabah.
“Di Kedah, daerah yang diramal hujan adalah Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang dan Sik. Manakala di Perak pula termasuk Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak.
“Selain itu, di Pahang kawasan yang diramal hujan hanya daerah Rompin sementara di Johor seperti Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
“Beralih Sarawak, beberapa kawasan turut diramal hujan seperti Miri (Telang Usan dan Marudi) dan Limbang.
“Di Sabah pula seperti Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Nabawan, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran), Tawau dan Sandakan (Tongod dan Kinabatangan),” maklum MET Malaysia dalam kenyataan itu.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam,” kata MetMalaysia.
Difahamkan, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia