Siakap Keli
as panel solar
Kredit: Bernama

AS Kenakan Duti Import Baharu Terhadap Panel Solar Dari Asia Tenggara

AS Kenakan Duti Import Baharu Terhadap Panel Solar Dari Asia Tenggara

Amerika Syarikat (AS) telah menetapkan duti baharu ke atas import panel dan sel solar dari empat negara Asia Tenggara sebanyak 3,521 peratus, lapor Bloomberg.

Negara yang terlibat dalam pengenaan duti baharu ini ialah Kemboja, Malaysia, Thailand dan Vietnam.

Menurut Bloomberg, tindakan ini diambil selepas siasatan mendapati syarikat-syarikat dari negara terbabit menjual produk solar pada harga yang terlalu rendah dan menerima subsidi kerajaan, sekali gus menjejaskan industri solar tempatan di AS.

Pengenaan duti yang diumumkan pada Isnin lalu merupakan kemuncak siasatan yang diminta oleh syarikat-syarikat pengeluar solar tempatan dan dimulakan semasa pentadbiran bekas Presiden AS, Joe Biden.

Jabatan Perdagangan AS memaklumkan kadar duti setinggi 3,521 peratus dikenakan ke atas Kemboja, manakala syarikat yang tidak dinamakan di Vietnam berdepan duti setinggi 395.9 peratus.

Selain itu, negara Thailand dikenakan kadar sebanyak 375.2 peratus dan kadar menyeluruh bagi Malaysia ditetapkan pada 34.4 peratus.

Beberapa syarikat utama panel dan sel solar terkesan

Difahamkan, syarikat Jinko Solar dikenakan duti sekitar 245 peratus bagi eksport dari Vietnam dan 40 peratus bagi eksport dari Malaysia.

Selain Jinko Solar, Trina Solar, dan Hanwha Qcells yang mempunyai kilang di negara-negara tersebut juga merupakan antara syarikat utama yang terkesan.

Trina Solar di Thailand perlu membuat bayaran levi sebanyak 375 peratus, manakala Vietnam perlu membayar lebih 200 peratus. Dalam pada itu, modul JA Solar dari Vietnam mungkin turut dikenakan duti sekitar 120 peratus.

Bloomberg melaporkan AS mengimport peralatan solar bernilai $12.9 bilion pada tahun lalu dari empat negara berkenaan, di mana mewakili kira-kira 77 peratus daripada jumlah keseluruhan import modul solar.

Di samping itu, pelaksanaan duti bergantung kepada tindakan berasingan oleh Suruhanjaya Perdagangan Antarabangsa AS, yang dijangka akan membuat keputusan dalam tempoh kira-kira sebulan sama ada pengeluar domestik sedang mengalami kerugian atau diancam oleh import berkenaan.

BACA: Kereta Kabel Jatuh Dalam Gaung, 4 Disahkan Maut

BACA: Polis Sahkan Penahanan Guru Lelaki Disyaki Lakukan Gangguan Seksual Terhadap Pelajar

Sumber: Bloomberg via Financial Post

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.