Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kereta Kabel Jatuh Dalam Gaung, 4 Disahkan Maut

Athirah
kereta kabel empat maut
Kredit: AFP

Kereta Kabel Jatuh Dalam Gaung, 4 Disahkan Maut

Sekurang-kurangnya empat maut, manakala seorang lagi dilapor cedera dalam satu kejadian kereta kabel terjatuh berhampiran bandar Castellammare di Stabia, selatan Itali pada Khamis.

Menurut AFP, anggota bomba memaklumkan kabel yang menghubungkan laluan dari Castellammare di Stabia ke Gunung Faito, kira-kira tiga kilometer jauhnya telah putus secara tiba-tiba.

“Empat mayat telah ditemui, manakala seorang lagi yang cedera telah dibawa ke hospital dan ini merupakan angka akhir yang terkorban,” ujar kenyataan jabatan bomba menerusi platform Telegram.

Difahamkan, lebih 50 anggota bomba terlibat dalam operasi yang mencabar susulan keadaan berkabus yang menyukarkan usaha mencari dan menyelamat di cerun curam Gunung Faito.

Laporan media tempatan melaporkan sebuah kabin lain yang membawa 16 penumpang berhampiran dengan stesen terdekat berjaya diturunkan ke tanah dengan selamat.

Menurut AFP, perkhidmatan kereta kabel berkenaan baru sahaja memulakan semula operasi untuk musim panas 10 hari lalu. Dalam masa sama, pihak pendakwa raya telah melancarkan siasatan untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Perdana Menteri Itali beri ucapan takziah kepada keluarga mangsa

Ketua syarikat pengendali kereta kabel itu, Umberto de Gregorio berkata semua prosedur keselamatan telah dipatuhi sebelum pembukaan semula.

“Apa yang berlaku hari ini merupakan satu tragedi yang tidak dapat dibayangkan atau dijangka berlaku,” tambahnya.

Sementara itu, pejabat Perdana Menteri Itali, Giorgia Meloni yang sedang dalam lawatan ke Washington menyampaikan ucapan takziah yang tulus ikhlas kepada keluarga mangsa.

Kereta kabel itu telah beroperasi sejak tahun 1952 dan pernah terlibat dalam tragedi serupa pada tahun 1960 yang turut mengorbankan empat nyawa.

Dalam insiden berasingan pada Mei 2021, seramai 14 orang terbunuh apabila sebuah kereta kabel terhempas di kawasan pergunungan Alps berhampiran Tasik Maggiore.

Pada tahun 1998, sebuah pesawat pejuang Amerika Syarikat yang sedang menjalani latihan penerbangan altitud rendah tidak sengaja memutuskan kabel keluli, menyebabkan 20 individu maut dalam sebuah kereta kabel di Dolomites.

BACA: Mekanik Dedah Cara Paling Mudah Periksa “Brake Pad” Kereta

Sumber: AFP