Siakap Keli
Periksa "Brake Pad"
Kredit: @altimatautogarage via TikTok

Mekanik Dedah Cara Paling Mudah Periksa “Brake Pad” Kereta

Mekanik Dedah Cara Paling Mudah Periksa “Brake Pad” Kereta

Kereta merupakan salah satu kenderaan yang paling kerap digunakan oleh orang ramai dalam kehidupan seharian. Ia berperanan penting sebagai medium pengangkutan untuk bergerak dari satu destinasi ke destinasi yang lain, sama ada untuk tujuan kerja atau urusan peribadi.

Oleh itu, alatan dalaman enjin atau tayar perlu sentiasa diperiksa bagi memastikan kenderaan anda sentiasa berada dalam keadaan baik dan selamat.

Namun, bagi sesetengah orang ia bukanlah masalah besar. Perkara ini sebenarnya boleh memberi impak kepada kereta anda dalam jangka masa panjang.

Antara bahagian kereta yang dipandang remeh oleh orang ramai termasuklah pad brek.

Kebiasaannya, orang ramai tidak mengetahui cara untuk memeriksa jangka hayat pad brek patut ditukar. Jadi, mereka terus menggunakan pad brek sehingga haus atau bergeser.

Sebenarnya orang ramai tidak perlu pergi ke kedai kereta berhampiran untuk memeriksa keadaan brake pad kenderaan. Anda sendiri boleh memeriksa brake pad di rumah sahaja.

Mekanik dedah cara periksa pad brek dengan mudah

Untuk makluman pembaca, tip berkenaan diambil daripada perkongsian mekanik menerusi TikTok @altimatautogarage.

Apa yang perlu dilakukan ialah anda perlu membuka bonet hadapan kereta dan memeriksa brek pad dengan hanya melihat tangki minyak brek. Hal ini kerana tangki minyak brek mempunyai sukatan maksimum dan minimum.

Sekiranya cecair minyak brek masih berada di paras maksimum, ia bermakna pad brek masih dalam keadaan tebal.

Akan tetapi, jika sukatan minyak brek berada pada bawah sukatan atau pada tahap minimum, ia menunjukkan anda perlu menukarkan pad brek dengan kadar segera.

Menurut @altimatautogarage, kereta anda perlu dibawa ke bengkel untuk pemeriksaan lanjut sekiranya sukatan minyak brek berada pada tahap minimum.

“Kalau dah turun sampai tahap minimum, itu bermakna pad brek anda perlu ditukar kerana ia sudah mula haus. Bawa kereta anda ke bengkel untuk periksa keadaan brek dan jika pad brek sudah terlalu nipis, ia perlu ditukar,” katanya.

Jika anda mendengar bunyi ketika menekan brek, ia biasanya berpunca daripada bahagian rotor brek.

Sehubungan itu, mekanik mencadangkan supaya anda melakukan ‘rotor skimming’ atau menukar kepada rotor brek yang baharu sebagai penyelesaian.

Anda juga boleh menonton video daripada @altimatautogarage di bawah untuk memahami lebih lanjut cara yang dimaksudkan. Semoga bermanfaat.

BACA: Kertas Siasatan Kes Buli Pelajar MRSM Dihantar Ke Timbalan Pendakwa Raya

@altimatautogarage

Check brake pad guna cara macam ni je !! #bengkel #bengkelkereta #bengkelrepairkereta #bengkelserviskereta #bengkelrepair #bengkelaircond #bengkelrepairaircondkereta #aircondkereta #automotive #bengkelservis #aircondkeretataksejuk #automotifmalaysia #bengkelservisaircondkereta #aircondkeretapanas #waterpump #keretaoverheat #automotive #bengkelservis #aircondkeretataksejuk #aircondkeretapanas #aircondrosak #brakepad #brakepadnipis Doakan kami untuk menjadi bengkel kereta terbaik di Kuang dan Sg Sungai Buloh . We will do our best to provide the best car workshop & repair in Kuang and Sg Sungai Buloh .

♬ original sound – Altimat Auto Garage – Altimat Auto Garage

Sumber: @altimatautogarage via TikTok

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.