Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Kes Buli Pelajar MRSM
Kredit: Bernama

Kertas Siasatan Kes Buli Pelajar MRSM Dihantar Ke Timbalan Pendakwa Raya

Athirah

Kertas Siasatan Kes Buli Pelajar MRSM Dihantar Ke Timbalan Pendakwa Raya

KEPALA BATAS, 14 April (Bernama) — Kertas siasatan berhubung kes sekumpulan pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Nibong Tebal di sini yang terlibat dalam kes buli telah dihantar ke Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Pulau Pinang untuk arahan dan tindakan selanjutnya.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad berkata pihaknya telah melengkapkan kertas siasatan itu selepas merekodkan keterangan beberapa pihak termasuk pelajar yang terlibat dan sekarang ini menunggu arahan serta tindakan selanjutnya daripada TPR.

“Kita dah lengkapkan kertas siasatan kes itu dan dimajukan kepada TPR pada 10 April lepas untuk arahan serta tindakan selanjutnya. Secara keseluruhan polis telah rekodkan keterangan semua pihak yang terlibat untuk (lengkapkan) siasatan kes itu termasuk pelajar, petugas di MRSM dan laporan perubatan.

“Berdasarkan siasatan polis, kejadian tersebut yang berlaku pertengahan tahun lepas berlaku hanya sekali (kes buli) dan difahamkan mungkin mereka bergurau antara sesama pelajar namun siasatan lanjut telah dijalankan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Aidilfitri anjuran Polis Diraja Malaysia Kontinjen Pulau Pinang di Dewan Temenggung Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) di sini malam tadi yang turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak dan isteri Toh Puan Khadijah Mohd Noor serta Ketua Menteri Chow Kon Yeow bersama isterinya Tan Lean Kee.

Sebelum ini, polis mengesahkan video berdurasi satu minit 31 saat tular di media sosial yang memaparkan seorang pelajar dibuli di asrama, berlaku di sebuah MRSM di Seberang Perai Selatan pada pertengahan tahun lepas dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan.

Sementara itu, Hamzah berkata kadar indeks jenayah di Pulau Pinang sejak awal Januari hingga Mac lepas turun sebanyak 44.8 peratus iaitu 623 kes berbanding 1,128 kes bagi tempoh yang sama pada 2024.

Beliau berkata penurunan itu termasuk indeks jenayah kekerasan yang mencatatkan penurunan paling besar iaitu 30.1 peratus daripada 243 kes kepada 148 kes.

“Dalam tempoh sama, PDRM Kontinjen Pulau Pinang berjaya menumpaskan 5,400 kes berkaitan penyalahgunaan dadah dan secara keseluruhan, tahap keselamatan dan ketenteraman awam di negeri ini adalah selamat serta terkawal,” katanya.

BACA: Gemar Hidu Stoking Kotor, Lelaki Disahkan Hidap Radang Paru-paru

Sumber: Bernama