Siakap Keli
hidu stoking kotor
Kredit: Canva

Gemar Hidu Stoking Kotor, Lelaki Disahkan Hidap Radang Paru-paru

Gemar Hidu Stoking Kotor, Lelaki Disahkan Hidap Radang Paru-paru

Seorang lelaki di China telah dimasukkan ke hospital selepas dilaporkan menghidap jangkitan kulat di paru-paru kanan, lapor Oddity Central.

Difahamkan, pekerja pejabat pertengahan umur dari Chonqing disahkan menghidap penyakit tersebut dipercayai akibat tabiat menghidu stoking kotornya sendiri.

Selepas menjalankan pemeriksaan prosedur imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) dan Pengimbas Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) di Hospital Barat Daya, Universiti Perubatan Tentera, doktor mendapati bayang-bayang mencurigakan di bahagian bawah paru-parunya.

Hasil pemeriksaan bronkoskopi berikutnya menunjukkan paru-parunya berkulat disebabkan oleh jangkitan Aspergillus.

Stoking kotor punca jangkitan di paru-paru

Apabila ditanya mengenai kemungkinan punca jangkitan, lelaki itu mengakui memiliki tabiat menghidu stokingnya yang kotor setiap kali pulang dari kerja sebelum meletakkannya dalam mesin basuh.

Menurut Oddity Central, doktor yang bertugas di Jabatan Perubatan Pernafasan di hospital berkenaan telah mengambil stoking kotor milik lelaki itu bagi melakukan proses analisis.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan kesan Aspergillus dan tabiatnya yang pengotor menjadi punca jangkitan.

Stoking yang telah dipakai biasanya mengandungi peluh, garam, urea dan persekitaran yang hangat dan lembap di dalam kasut menggalakkan pertumbuhan kulat.

Menurut Oddity Central lagi, menghidu stoking walaupun milik sendiri boleh meningkatkan risiko terhidu kulat dan bakteria berbahaya.

Jika bakteria melepasi hidung dan tekak, ia boleh masuk ke dalam paru-paru dan menyebabkan jangkitan kulat yang boleh meninggalkan kesan jangka panjang.

BACA: Sesuai Jadikan Hidangan Rumah Terbuka, Ini Resipi Roti Jala Lembut

BACA: Keliru Ikut Aplikasi Navigasi, Kereta Terjunam Dari Jejambat Belum Siap

BACA: 17 Laluan Ditutup Sementara Sempena Lawatan Rasmi Presiden China

Sumber: Oddity Central

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.