Siakap Keli
Roti Jala
Kredit: @khairulaming via TikTok

Sesuai Jadikan Hidangan Rumah Terbuka, Ini Resipi Roti Jala Lembut

Sesuai Jadikan Hidangan Rumah Terbuka, Ini Resipi Roti Jala Lembut

Bulan Syawal merupakan bulan kemenangan bagi umat Islam setelah sebulan menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan. Dalam suasana penuh kesyukuran dan kegembiraan ini, amalan mengadakan rumah terbuka menjadi tradisi yang sangat dinanti-nantikan oleh masyarakat di Malaysia.

Sejak dari dahulu, rumah terbuka menjadi medan untuk menjamu selera dengan pelbagai juadah istimewa, malah ia juga menjadi platform mengeratkan silaturahim antara keluarga, jiran tetangga dan rakan taulan

Antara hidangan yang sering menjadi tumpuan termasuklah ketupat, rendang, lemang, lontong dan sebagainya. Selain itu, hidangan roti jala turut menjadi pilihan utama ketika majlis rumah terbuka kerana ia mudah disediakan dalam kuantiti yang banyak.

Justeru, kali ini SK ingin kongsikan resipi roti jala yang enak dinikmati bersama kuah kari ataupun serawa durian. Jom tengok resipi yang dikongsikan oleh pempengaruh terkenal, @khairulaming.

Bahan-bahan yang perlu disediakan

Anda perlu sediakan dua cawan tepung gandum, sebiji telur, setengah kotak kecil santan dan tiga sudu minyak masak.

Selain itu, anda juga memerlukan setengah cawan air, sedikit pewarna kuning telur, serta gula dan garam bagi menyempurnakan masakan ini.

Cara-cara membuat roti jala yang lembut

Langkah pertama ialah kisarkan semua bahan yang telah disenaraikan sehingga sebati dan bertekstur halus. Pastikan anda menapis adunan menggunakan penapis halus untuk mengelakkan adunan berketul.

Kemudian, panaskan kuali “non-stick” atau kuali leper di atas api sederhana. Sediakan acuan roti jala atau botol plastik yang berlubang kecil untuk menuang adunan.

Anda boleh menggunakan sebarang alat yang boleh mengeluarkan adunan dengan corak halus jika tiada acuan khas,

Setelah kuali cukup panas, tuangkan sedikit adunan ke dalam acuan dan gerakkan acuan di atas kuali dengan gerakan bulat untuk menghasilkan corak jala.

Biarkan sehingga ia masak, kemudian angkat dan gulung dengan kemas. Ulangi proses yang sama sehingga semua adunan habis.

BACA: Keliru Ikut Aplikasi Navigasi, Kereta Terjunam Dari Jejambat Belum Siap

@khairulaming

Puasa Hari 25 – Roti Jala & Kari Ayam #SeleraRamadan #30Hari30Resepi

♬ original sound – Khairulaming – Khairulaming

BACA: Lobi PPR Sungai Bonus Jadi Perhatian, Penduduk “Makeover” Macam Hotel Mewah

Sumber: @khairulaming via TikTok

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.