Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
17 laluan ditutup sementara
Gambar: BERNAMA

17 Laluan Ditutup Sementara Sempena Lawatan Rasmi Presiden China

Hannah

17 Laluan Ditutup Sementara Sempena Lawatan Rasmi Presiden China

Sempena lawatan rasmi Presiden China, Xi Jinping ke Malaysia, sebanyak 17 laluan utama di Lembah Klang dan Putrajaya dilaporkan bakal ditutup atau dilencongkan sementara bermula 15 hingga 17 April ini.

Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) pada Ahad, penutupan penuh dan lencongan trafik akan dilaksanakan selama 30 hingga 45 minit bagi memberi laluan kepada pergerakan delegasi negara terbabit.

Antara laluan yang terlibat termasuk beberapa lebuh raya utama seperti Lebuh Raya ELITE, MEX, SUKE, NPE, KESAS dan Smart Tunnel, selain jalan-jalan utama di Putrajaya seperti Persiaran Selatan dan Lebuh Gemilang.

Selain itu, jalan-jalan sekitar pusat bandar Kuala Lumpur juga akan turut terjejas.

JSPT juga memaklumkan bahawa pada 15 April, penutupan akan bermula seawal jam 6 petang melibatkan laluan dari Lebuh KLIA ke Jalan P5 di Putrajaya.

Sementara itu, pada 16 April, tiga sesi penutupan jalan dijadualkan iaitu pada jam 9.30 pagi, 12.30 tengah hari dan 4.10 petang.

Manakala pada 17 April, laluan terakhir akan ditutup bermula jam 8.50 pagi, membabitkan perjalanan dari Putrajaya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya merancang perjalanan lebih awal sepanjang tempoh ini dan mematuhi segala arahan yang diberikan oleh anggota polis yang bertugas.

Pengarah JSPT, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, seramai 378 pegawai dan anggota polis akan ditugaskan untuk mengiringi delegasi, mengawal lalu lintas serta memastikan kelancaran sepanjang lawatan itu berlangsung.

Beliau turut menyeru semua pengguna jalan raya agar memberikan kerjasama penuh dan mematuhi arahan semasa demi menjamin keselamatan serta kelancaran pergerakan sepanjang tempoh tersebut.

BACA: Tiada Kompromi Terhadap Rasuah, Salah Guna Kuasa Dalam Kerajaan – PM

BACA: Lelaki Maut Dilanggar Treler Di Gua Musang

BACA: Hospital Kuala Lipis Lapor Polis Berhubung Dakwaan Bayi Kembar Dilarikan

Sumber: Astro Awani