Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Hospital bayi kembar dilarikan
Gambar: JKNP

Hospital Kuala Lipis Lapor Polis Berhubung Dakwaan Bayi Kembar Dilarikan

Iqbal Yasir

Hospital Kuala Lipis Lapor Polis Berhubung Dakwaan Bayi Kembar Dilarikan

KUANTAN, 12 April (Bernama) — Pihak pengurusan Hospital Kuala Lipis telah membuat laporan polis berhubung dakwaan terdapatnya kejadian bayi kembar yang dirawat selama sembilan bulan dilarikan oleh seorang doktor palsu di hospital berkenaan.

Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya memandang serius berhubung kes berkenaan dan siasatan awal telah dilaksanakan.

“Siasatan mendapati tiada bayi kembar seperti yang didakwa telah menerima rawatan selama sembilan bulan di wad kanak-kanak hospital itu dan kali terakhir ibu berkenaan menerima rawatan di Hospital Kuala Lipis pada Julai 2024.

“Bagi dakwaan wujudnya doktor palsu yang bernama Dr Amalina Husna merawat “bayi” itu selama sembilan bulan pula, didapati tiada rekod bagi kewujudan doktor tersebut pernah bertugas di Hospital Kuala Lipis,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, laporan polis telah dibuat oleh pengurusan tertinggi Hospital Kuala Lipis semalam, bagi mengelakkan sebarang berita tidak berasas disebarkan sewenang-wenangnya, kerana ia boleh menjejaskan kredibiliti dan integriti pengurusan serta perawatan di Hospital Kuala Lipis dan JKNP khususnya.

JKNP turut mengingatkan orang ramai berhati-hati dalam penyebaran maklumat, jika tidak pasti kesahihannya.

Semalam, satu hantaran di laman Facebook bertajuk “Sepasang Bayi Kembar Hilang Dilarikan oleh Doktor Palsu di Hospital Kuala Lipis” tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi pengguna media sosial.

Sumber: BERNAMA

BACA: Pilu, Wanita Maut Dililit Ular Sawa Sepanjang 6.5 Meter

BACA: UNRWA: “Gaza Semakin Hampir Ke Arah Kebuluran Yang Amat Dahsyat”

BACA: Isu Pencerobohan Tanah Masjid: Ini Penjelasan JAIS