Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
JAIS Tanah Pembinaan Masjid
Gambar: JAIS

Isu Pencerobohan Tanah Masjid: Ini Penjelasan JAIS

Iqbal Yasir

Isu Pencerobohan Tanah Masjid: Ini Penjelasan JAIS

SHAH ALAM — Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam satu kenyataan hari ini tampil memberi penjelasan berhubung isu aktiviti dan pembinaan di atas tanah warta kerajaan bagi mendirikan masjid yang tular pada Rabu.

“JAIS ingin memaklumkan bahawa individu atau pihak yang berada di tanah JAIS adalah individu yang dipindahkan dari Ladang Galloway berikutan pengambilan tanah oleh kerajaan bagi projek pembangunan Cyberjaya.

“Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Sepang telah memberi penempatan baru bagi aktiviti individu atau pihak tersebut berpindah ke tanah rizab Sungai Langat dan telah mendapat status menduduki sementara (TOL),” maklum kenyataan itu.

Tambah JAIS, pada tahun 2007 Kerajaan Negeri mengarahkan pengosongan tanah oleh individu atau pihak tersebut bagi tujuan rizab masjid dan berlaku tuntutan pampasan oleh individu atau pihak atas arahan pengosongan tapak.

Pada tahun 2011, Kerajaan Negeri telah mewartakan tanah dengan keluasan 10 ekar bagi tujuan pembinaan masjid. Sebahagian dari tanah tersebut juga adalah tanah rizab Sungai Langat yang diusahakan oleh individu atau pihak terbabit tanpa mengeluarkan individu atau pihak yang menduduki tanah.

“Sejak awal pewartaan dibuat terhadap tanah bagi tujuan pembinaan masjid, JAIS menganggap tanah tersebut adalah kosong daripada sebarang aktiviti dan pembinaan bangunan atau premis.

“Namun pada tahun 2024 JAIS telah mengesan wujud aktiviti dan pembinaan bangunan atau premis di atas tanah bagi pembinaan sebuah masjid yang akan dimulakan pada tahun 2026.

“Sehubungan dengan itu, JAIS telah mengeluarkan surat bertarikh 10 September 2024 untuk PDT Sepang mengambil tindakan mengikut undang-undang bagi pengosongan tanah.

“Dengan tindakan ini JAIS berpandangan bahawa laporan polis tidak perlu dibuat kerana PDT Sepang mempunyai kuasa di bawah Kanun Tanah Negara 1965 untuk menguatkuasakan pengosongan tanah kerana wujud aktiviti dan pembinaan bangunan atau premis tanpa mendapat kebenaran daripada JAIS.

“Namun, JAIS akui tiada tindakan susulan diambil oleh PDT terhadap surat dari JAIS,” jelasnya lagi.

Susulan itu, JAIS akan bekerjasama dengan PDT Sepang untuk memastikan tindakan bagi pengosongan tanah di tapak pembangunan masjid Dengkil dibuat dalam tempoh 1 bulan.

Lebih-lebih lagi, pihak JAIS memandang serius isu pencerobohan ini selaras dengan titah DYMM Sultan Selangor bahawa tanah di bawah kawalan JAIS hendaklah bersih dari sebarang pencerobohan.

“JAIS akan terus memastikan bahawa tiada sebarang bentuk pencerobohan terhadap mana-mana tanah di bawah kawalannya dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya jika ianya berlaku.

“Semua tanah warta JAIS akan diperiksa semula dalam tempoh 1 bulan akan datang untuk memastikan tiada sebarang pencerobohan berlaku.

“JAIS akan bersama-sama PDT dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam perkara ini.

“Orang awam atau pihak-pihak yang mengetahui sebarang bentuk pencerobohan terhadap tanah di bawah kawalan JAIS juga diminta terus menyalurkan maklumat kepada JAIS atau Pihak Berkuasa Negeri, Pejabat Agama Islam Daerah atau menghubungi Talian Hotline Penguatkuasa JAIS 1-800-88-2424 untuk perhatian dan tindakan selanjutnya,” maklum JAIS lagi.

Sumber: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)

BACA: Tun M Dijangka Buka Kapsul Masa Ahad Ini

BACA: Satu Kejadian Tanah Runtuh Berlaku Di Gombak