Siakap Keli
tun m buka kapsul masa
Gambar: Bernama

Tun M Dijangka Buka Kapsul Masa Ahad Ini

Tun M Dijangka Buka Kapsul Masa Ahad Ini

KUALA LUMPUR — Selepas hampir tiga dekad, Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka membuka secara rasmi kapsul masa Wawasan 2020 ditanam di Menara Kuala Lumpur pada 1996, bersempena sambutan Aidilfitri pada Ahad ini.

Perkara itu maklumkan oleh Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd (MKLSB) dalam satu hantaran di Facebook.

“Aidilfitri di menara dengan sentuhan sejarah!

“Jemput datang beramai-ramai ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri & Pembukaan Kapsul Masa Wawasan 2020 oleh YABhg. Tun Dr Mahathir Mohamad,” maklum hantaran itu.

Bertemakan ‘Raikan Raya Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad’, majlis itu dijangka menjadi detik bersejarah buat negara, dengan kapsul yang menyimpan dokumen penting sewaktu tokoh negarawan itu bergelar Perdana Menteri Ke-4 Malaysia.

Difahamkan, majlis itu bakal dilangsungkan bermula jam 10.30 pagi hingga 2 petang di Terrace, Menara Kuala Lumpur.

Sumber: Facebook Menara Kuala Lumpur 

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.