Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Gambar: AFP

Pemimpin EU Dijangka Adakan Pertemuan Dengan Xi Jinping

Iqbal Yasir

Pemimpin EU Dijangka Adakan Pertemuan Dengan Xi Jinping

BEIJING — Pemimpin tertinggi Kesatuan Eropah (EU) merancang untuk mengadakan lawatan ke China bagi menghadiri satu sidang kemuncak bersama Presidennya, Xi Jinping pada Julai ini.

Menurut laporan South China Morning Post (SCMP), pertemuan ini dilihat sebagai usaha EU untuk memperbaiki dengan hubungan China, di tengah-tengah tekanan tarif yang dilakukan oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Tambahan lagi, China dan EU kini dalam usaha memulakan rundingan bertujuan menamatkan tarif yang dikenakan terhadap kenderaan elektrik buatan negara itu.

Dalam masa yang sama, Presiden Pesuruhjaya Eropah, Ursula von der Leyen dan Presiden Majlis Eropah, Antonio Costa juga telah bersetuju untuk menghadiri sidang kemuncak di Beijing, ibu negara itu.

Sidang kemuncak terakhir antara kedua-dua pihak telah diadakan di China sebelum ini, kunjungan semula pemimpin EU ke Beijing secara tidak langsung melanggar protokol, yang sepatutnya delegasi China melawat ke Eropah.

Perkara ini menandakan hasrat mereka untuk membincangkan isu berkenaan.

Sebelum ini, Trump telah mengumumkan senarai tarif timbal balik terhadap negara-negara di seluruh dunia,yang mengakibatkan ramai pemimpin bergelut untuk mencari jalan penyelesaian.

Bagaimanapun, Trump menangguhkan sementara tarif itu selama 90 hari kecuali terhadap China yang terus ditekan.

Dalam satu perbualan telefon pada Selasa lalu, Perdana Menteri China, Li Qiang, memaklumkan kepada Von der Leyen bahawa Beijing memiliki alat dasar yang mencukupi untuk mengimbangi sebarang kejutan ekonomi luaran, dan yakin terhadap pertumbuhan ekonomi negara itu pada tahun 2025.

China Seru Dialog Bersifat Adil, Bukan Ugutan Untuk Selesaikan Pertikaian Perdagangan Dengan AS

Semalam, Kementerian Perdagangan China berkata tekanan dan ugutan daripada Amerika Syarikat (AS) tidak akan menyelesaikan pertikaian perdagangan semasa antara dua negara itu.

Jurucakap kementerian, He Yongqian memberitahu sidang media bahawa walaupun China tetap terbuka untuk perbincangan, sebarang perbincangan mesti berasaskan saling hormat menghormati dan dijalankan atas dasar kesaksamaan, lapor Xinhua.

Jika AS berkeras untuk melancarkan perang perdagangan, China akan berjuang hingga ke akhirnya, kata jurucakap itu.

“Tekanan, ugutan dan pemerasan bukan cara yang betul untuk menangani China. Kami berharap kedua-dua negara akan bekerja ke arah menyelesaikan perbezaan melalui dialog dan perundingan, dipandu oleh prinsip saling hormat menghormati, kewujudan bersama dengan aman dan kerjasama menang-menang,” kata He

Sumber: Bloomberg

BACA: Satu Kejadian Tanah Runtuh Berlaku Di Gombak

BACA: Rombongan Hantar Jemaah Umrah Bertukar Tragedi, 7 Maut Akibat Kemalangan