Utama

Politik

Politik

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

Politik

Politik

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

Suasana Pilu Selubungi Pertemuan Sultan Selangor & Dr Malik Yatam
Pertemuan penuh emosi dapat dilihat apabila Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima menghadap bekas banduan pertama Malaysia yang memperolehi Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam penjara, Dr Malik Yatam.
Menurut Selangor Royal Office, Dr Malik telah diberi pengampunan penuh oleh Sultan Sharafuddin sempena Hari Keputeraan Baginda pada tahun 2024.
Pertemuan selama hampir sejam itu dikatakan berlangsung dalam suasana yang hening, sedih dan pilu.


"Ini adalah pertemuan pertama seumpamanya antara DYMM Tuanku dengan seorang bekas banduan yang mendapat pengampunan daripada Baginda.
"Selepas 24 tahun menjalani hukuman Tahanan Limpah Sultan (LTS), hukuman yang tidak ada tarikh bebas, tidak dijatuhkan hukuman mati kerana semasa kesalahan dilakukan banduan berkenaan berumur di bawah 18 tahun; Dr. Malik akhirnya dibebaskan pada 11 Disember 2024.
"Menjalani hukuman sejak 2001 pada usia 14 tahun, Dr. Malik kini berusia 39 tahun berjaya memperoleh Ph.D dalam bidang pentadbiran perniagaan, hasil usaha melanjutkan pelajaran semasa menjalani hukuman di Penjara Kajang," kata Selangor Royal Office di Facebook.
Dalam pertemuan itu, Baginda turut berkenan bertanyakan khabar tentang perkembangan kehidupan Dr Malik selepas keluar dari penjara dan perancangan masa hadapan.

"Baginda amat terharu dengan kisah perjalanan hidup Dr. Malik dan Baginda merasakan beliau layak untuk diberi peluang kedua.
"Baginda telah mempertimbangkan pengampunan ini sebaik mungkin melihat kepada semua faktor yang telah disembah maklumkan semasa Mesyuarat Lembaga Pengampunan pada 24 November 2024.
"Baginda turut menasihatkan Dr. Malik agar terus menjaga nama baik keluarga dan sentiasa bersemangat untuk memperbaiki taraf hidup," kaatanya lagi.