Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
UNWRA Gaza Kebuluran
Gambar: AFP

UNRWA: “Gaza Semakin Hampir Ke Arah Kebuluran Yang Amat Dahsyat”

Iqbal Yasir

UNRWA: “Gaza Semakin Hampir Ke Arah Kebuluran Yang Amat Dahsyat”

NEW YORK, 12 April (Bernama) — Gaza kini semakin hampir ke arah kebuluran yang amat dahsyat, menurut Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA), lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).

“Semua bekalan asas hampir habis. Harga barangan keperluan meningkat secara mendadak sejak pihak berkuasa Israel mengenakan sekatan di Semenanjung Gaza,” kata Pengarah Komunikasi UNRWA Juliette Touma pada Khamis.

“Ini bermakna bayi dan kanak-kanak akan tidur dalam keadaan lapar. Setiap hari tanpa bekalan asas ini, Gaza semakin hampir ke arah kebuluran yang amat dahsyat,” tambah beliau.

Program Makanan Sedunia sebelum ini membekalkan roti dari 25 kedai roti di seluruh Gaza, namun kesemuanya kini telah ditutup.

Bekalan yang semakin berkurangan dijual pada harga yang terlalu tinggi, dengan satu guni tepung seberat 25 kilogram dijual pada harga US$60 berbanding US$6 sebelum ini, manakala seliter minyak masak dijual pada harga US$10 berbanding US$1.50.

Badan amal perubatan antarabangsa, Doctors Without Borders (MSF) memaklumkan pihaknya menemukan kanak-kanak dan wanita hamil yang mengalami kekurangan zat makanan yang teruk, manakala ibu menyusu terlalu lapar untuk menyusukan bayi mereka.

Israel telah menutup lintasan sempadan ke Gaza sejak 2 Mac, sekali gus menyekat kemasukan bantuan kemanusiaan dan bekalan perubatan ke wilayah itu, yang menyebabkan keadaan kemanusiaan merosot ke tahap yang belum pernah berlaku sebelum ini.

Israel juga secara unilateral menamatkan perjanjian gencatan senjata Gaza dan menyambung semula serangan ke atas wilayah itu pada Selasa, 18 Mac, menerusi gelombang serangan udara yang mengorbankan ratusan rakyat Palestin, termasuk lebih 100 kanak-kanak.

Menurut sumber perubatan, jumlah kematian setakat ini mencecah sekurang-kurangnya 1,542 orang, manakala 3,940 lagi cedera. Pasukan kecemasan masih berusaha mengeluarkan mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan.

Dalam tempoh 24 jam lepas sahaja, mayat sekurang-kurangnya 26 rakyat Palestin dan 106 mangsa cedera telah dibawa ke hospital di seluruh Gaza.

Serangan itu diteruskan walaupun terdapat kebimbangan terhadap keadaan kemanusiaan yang semakin buruk akibat sekatan berterusan dan larangan kemasukan bantuan perubatan dan kemanusiaan.

Sejak Oktober 2023, Israel telah melancarkan serangan ketenteraan ke atas Semenanjung Gaza yang mengorbankan 50,912 rakyat Palestin— kebanyakannya wanita dan kanak-kanak—dan mencederakan 115,981 yang lain.

Selain itu, sekurang-kurangnya 10,000 orang masih belum ditemui dan dipercayai terperangkap serta terkorban di bawah runtuhan rumah mereka di seluruh wilayah berkenaan.

Pencerobohan Israel juga telah mengakibatkan pemindahan paksa hampir dua juta orang dari seluruh Semenanjung Gaza, dengan majoriti daripada mereka yang dipindahkan terpaksa berlindung di bandar Rafah di selatan Gaza berhampiran sempadan Mesir—menjadikannya penghijrahan terbesar rakyat Palestin sejak peristiwa Nakba pada 1948.

Sumber: BERNAMA

BACA: Isu Pencerobohan Tanah Masjid: Ini Penjelasan JAIS

BACA: Tun M Dijangka Buka Kapsul Masa Ahad Ini

BACA:China Akan Kenakan Tarif Barangan 125 Peratus Terhadap AS