Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Kematian Operator Kren Menara
Kredit: Bernama

JKKP Johor Arah Siasatan Dalaman Insiden Kematian Operator Kren Menara

BERNAMA

JKKP Johor Arah Siasatan Dalaman Insiden Kematian Operator Kren Menara

JOHOR BAHRU, 25 Jan (Bernama) -- Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Johor mengarahkan satu siasatan dalaman dijalankan berhubung insiden kematian seorang operator kren menara di sebuah projek pembinaan pangsapuri di Jalan Seri Austin 4, di sini Jumaat lepas.

JKKP Johor dalam kenyataan memaklumkan syarikat terlibat juga telah diarahkan untuk mengemukakan laporan siasatan dalaman itu kepada jabatan dan siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenal pasti punca insiden.

Menurut kenyataan tersebut, berdasarkan siasatan awal seorang operator kren menara ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam kabin kren menara.

“Insiden ini disedari apabila signalman cuba menghubungi mangsa yang berada di atas kren menara untuk memulakan kerja namun tiada sebarang jawapan diterima.

“Mangsa kemudian diturunkan oleh anggota bomba sebelum diperiksa oleh petugas kesihatan Hospital Sultan Ismail dan disahkan meninggal dunia pada 1.15 tengah hari,” kata kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook JKKP/DOSH Johor hari ini.

Menurut kenyataan itu, kren menara berkenaan didapati berada dalam keadaan free standing dengan anggaran ketinggian kira-kira 20 meter.

Kenyataan sama memaklumkan punca sebenar kematian masih belum dapat disahkan kerana keputusan bedah siasat masih belum diperoleh.

“Tindakan perundangan akan diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab sekiranya terdapat pelanggaran di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 serta peraturan di bawahnya.

“Di bawah akta ini, hukuman maksimum terhadap majikan ialah denda hingga RM500,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, media melaporkan seorang operator kren menara dilaporkan meninggal dunia ketika sedang bertugas di dalam kren di Residensi Puncak Austin, Jalan Seri Austin 4, di sini, pada pagi Jumaat lepas.

Mangsa dikenali sebagai Muhamad Aliff Ishak, 33, dilaporkan tidak sedarkan diri di atas menara kren yang berada pada ketinggian kira-kira 45 meter.