Terkini

Bisnes
Spritzer Raih Pengiktirafan Berganda Melalui Putra Brand Awards 2025 & Superior Taste Award 2025
Pendidikan
Adibah Omar Bawa Agenda Kerjasama Pembacaan ASEAN ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
Fesyen
Skechers x Demon Slayer Kembali Dengan Koleksi Lebih Ikonik
Fesyen
ICE-WATCH Malaysia Lancar Koleksi Jam Tangan Terbaharu 2026
Selera
Buffet Berbuka Puasa Tropicana Kembali Dengan Lebih 200 Hidangan Istimewa & Semangat Berkongsi
Gaya hidup
Seram, Ular Sawa Kekenyangan Telan Kucing Berjaya Ditangkap
Berita
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman Dibuka Mulai Hari Ini
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa 5 Negeri Hingga Malam Ini
Kesihatan
Kajian Dedah Fikiran Negatif Tingkatkan Risiko Demensia
Luar Negara
Dilapor Hilang, Anak "Rapper" Terkenal Ditemui Maut Dalam Kolam Berdekatan Rumah
Berita
Sidang Media GARAH: Ketua Polis Kuala Lumpur Pandang Serius Isu-isu Sensitif Berkaitan 3R
Berita
Wanita Diserang Strok Setelah Lakukan Regangan Leher
Berita
SARA RM100 “One-Off” Disalurkan Mulai Esok
Berita
Rembayung Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, Pihak Kontraktor Jelaskan Punca
Luar Negara
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold Meninggal Dunia Pada Usia 47 Tahun
Berita
Peniaga Bazar Diingat Ambil Suntikan Tifoid, Jaga Kebersihan
Berita
Along Eyzendy Meninggal Dunia
Berita
NASA Benarkan Angkasawan Bawa Telefon Pintar Ke Angkasa
Sukan
Pelancaran MotoGP 2026 Di KL Meriah, Pelumba Pamer Jentera Baharu
Selera
5 Resipi Ayam Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Berbuka Puasa
Berita
Restoran Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, KA Mohon Maaf
Sukan
Ultras Selangor Dilarang Masuk Stadium Bagi Tiga Perlawanan
Berita
Modi Hargai Sambutan Mesra Oleh PM Anwar
Berita
Tindakan Maksimum Terhadap Pihak Gugat Keselamatan Negara - PM Anwar
Berita
Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri & 2 Wilayah Malam Ini
Berita
PM India Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari
Gaya hidup
Minta Edit Gambar Macam Dato'-Dato', Hasilnya Buat Ramai Tak Kering Gusi
Berita
Tiga Kluster Tibi Di Kelantan Babit Sembilan Kes
Berita
Syarat Minimum UKKM Kekal 60 Peratus, Pastikan Pelajar Mampu Ikuti Tahap Pembelajaran
Berita
Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini
Matahari 'Hilang' Secara Tiba-tiba
Kredit: Space
Ini Yang Terjadi Pada Bumi Jika Matahari 'Hilang' Secara Tiba-tiba

Athirah

Ini Yang Terjadi Pada Bumi Jika Matahari 'Hilang' Secara Tiba-tiba

Matahari merupakan bintang yang menempati posisi pusat dalam sistem suria kita. Ia bukan sekadar sumber cahaya, bahkan penyumbang utama tenaga yang menyokong kehidupan di Bumi.

Tanpa matahari, tiada fotosintesis berlaku, suhu Bumi akan menjadi terlalu sejuk dan kehidupan seperti yang kita kenali tidak dapat wujud.

Selain itu, matahari juga memainkan peranan penting dalam pergerakan planet dan objek lain dalam sistem suria.

Tarikan graviti matahari memastikan setiap planet mengikuti orbitnya, menjadikan sistem suria sebuah susunan yang teratur. Fenomena ini menunjukkan betapa besarnya pengaruh matahari bukan sahaja terhadap Bumi, tetapi juga terhadap seluruh sistem suria.

Pernah tak anda terfikir apa yang akan terjadi kepada Bumi sekiranya Matahari tiba-tiba ‘hilang’? Adakah dunia akan terus berputar atau semua kehidupan akan tergantung dalam kegelapan yang mengerikan?

Justeru, SK hari ini ingin membawa anda menyelami apa yang akan berlaku kepada Bumi dalam senario mengejutkan.

Kepentingan Matahari

Menurut portal Science ABC, Matahari adalah bintang gergasi yang terletak di tengah-tengah sistem suria kita. Ia merupakan bebola api yang sangat besar dan sentiasa membara akibat unsur-unsur penyusunnya, menjadikannya sumber tenaga utama yang menyokong kehidupan di Bumi.

Bukan sahaja Bumi, malah semua planet dan jasad cakerawala lain mengelilingi Matahari dalam orbit berbentuk elips.

Kredit: NASA

Boleh dikatakan bahawa Matahari merupakan kuasa utama dalam sistem suria yang mengekalkan keseimbangan, kestabilan setiap jasad cakerawala serta memastikan sistem suria terus berfungsi dengan harmoni.

Ini yang akan terjadi sekiranya Matahari 'hilang'

Seperti yang telah dinyatakan, planet dan jasad cakerawala lain bergerak mengelilingi Matahari dalam orbit elips.

Untuk pengetahuan anda, semua planet sentiasa berada dalam keadaan "free fall" ke arah Matahari.

Oleh itu, sekiranya Matahari tiba-tiba hilang daripada sistem suria, setiap planet akan terus bergerak ke hadapan dan akhirnya meluncur keluar melepasi sempadan sistem suria kita.

Kredit: NASA

Sebagai contoh, Bumi mengelilingi Matahari pada kelajuan kira-kira 67,000 batu sejam atau 107,826 kilometer sejam.

Jika tarikan graviti Matahari hilang secara mendadak, Bumi akan terpelanting keluar dari orbitnya pada kelajuan yang sama. Planet-planet ini akan terus hanyut dalam kegelapan angkasa dan mungkin mengambil masa ratusan tahun sebelum menghampiri mana-mana objek lain.

Keadaan Bumi pada waktu itu

Bahagian sebelum ini menerangkan keadaan fizikal planet-planet yang mengelilingi Matahari termasuk Bumi. Namun, apakah kesannya terhadap hidupan di Bumi?

Menurut Science ABC lagi, Bumi tidak akan menjadi gelap serta-merta. Ini kerana cahaya Matahari mengambil masa kira-kira lapan minit untuk sampai ke planet kita.

Justeru, tempoh itulah yang diperlukan sebelum sinaran terakhir Matahari tiba sebelum Bumi tenggelam sepenuhnya dalam kegelapan.

Kredit: Image FX

Cahaya buatan masih ada dan bintang-bintang terus bersinar. Bagi bahagian Bumi yang sedang mengalami waktu malam, Bulan juga akan menjadi gelap kerana tiada lagi cahaya Matahari untuk dipantulkan.

Selain itu, Bumi mempunyai keupayaan mengekalkan haba maka keadaan tidak akan membeku serta-merta.

Namun, ini tidak bermakna kita akan kekal hangat tanpa Matahari. Dalam tempoh beberapa hari, suhu Bumi akan menjunam puluhan darjah di bawah paras beku dan dalam beberapa minggu ia akan menghampiri sifar mutlak.

Atmosfera juga akan membeku dan mendap ke permukaan Bumi sekali gus mendedahkan kita sepenuhnya kepada gelombang radiasi berbahaya dari angkasa.

Kredit: Image FX

Kehidupan di planet yang membeku dan tanpa atmosfera ini pastinya amat sukar. Kebanyakan organisma hidup akan pupus kecuali yang tinggal jauh di bawah permukaan tanah kerana masih menerima haba daripada teras Bumi.

Bagi manusia, kita terpaksa berkumpul dalam kelompok besar dan rapat, menggunakan tenaga daripada reaktor pelakuran nuklear sambil mencari cara untuk terus hidup tanpa Matahari.

Ringkasnya, kehidupan di Bumi tidak akan berakhir serta-merta sekiranya Matahari hilang namun ia hanya akan bertahan untuk tempoh yang singkat selepas itu.

Sumber:ScienceABC