Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tak Pernah Terfikir, Ini Apa Yang Akan Berlaku Kalau Bulan Tiba-tiba Hilang

Azzwin
bulan
Kredit: ImageFX

Tak Pernah Terfikir, Ini Apa Yang Akan Berlaku Kalau Bulan Tiba-tiba Hilang

Tidak dinafikan, bulan sememangnya satu ciptaan Tuhan yang indah.

Cahaya lembut menenangkan yang menghiasi malam memang mampu menyentuh jiwa orang ramai.

Namun di sebalik keindahan itu, ia bukan sekadar hiasan di langit. Ia mempunyai peranan yang sangat penting untuk kehidupan di bumi.

Hari ini, SK akan kongsikan kesan kepada lautan, haiwan dan musim dalam bumi jika bulan tiba-tiba menghilang.

Kesan kepada lautan

Menurut portal Royal Museums Greenwich, pasang surut air laut akan menjadi jauh lebih kecil sekitar satu pertiga daripada saiz biasa.

Pasang surut memainkan peranan penting dalam menggerakkan dan mencampurkan bahan di dalam lautan, sekali gus menyokong kelangsungan ekosistem pesisir pantai.

bulan dan laut
Kredit: ImageFX

Banyak haiwan seperti ketam, kupang, tapak sulaiman dan siput laut bergantung kepada kitaran pasang surut untuk terus hidup.

Tanpa ekosistem pesisir pantai yang stabil, kesannya boleh merebak kepada haiwan darat dan laut yang lain dan berpotensi mencetuskan kepupusan secara besar-besaran.

penyu, obor-obor dan ikan
Kredit: ImageFX

Selain itu, pergerakan pasang surut juga membantu menstabilkan iklim bumi.

Arus laut yang dipacu oleh pasang surut berfungsi mengagihkan air panas ke seluruh dunia, sekali gus mempengaruhi iklim global.

Tanpa pengaruh ini, suhu bumi berkemungkinan menjadi lebih tinggi.

Kesan kepada haiwan

Portal Royal Museums Greenwich turut menjelaskan bahawa kehilangan bulan boleh menyebabkan kekeliruan besar kepada haiwan di seluruh dunia.

Haiwan pemangsa bergantung kepada kegelapan malam serta sedikit cahaya bulan untuk memburu dengan berkesan.

serigala dan rusa
Kredit: ImageFX

Tanpa sebarang cahaya pada waktu malam, haiwan mangsa berkemungkinan lebih mudah untuk terus hidup kerana pemangsa sukar mengesan mereka.

Seperti perubahan pasang surut, keadaan ini boleh mengubah keseimbangan ekosistem secara drastik dan akhirnya membawa kepada kepupusan sesetengah spesies pemangsa.

Kesan kepada musim

Menurut portal Royal Museums Greenwich, kesan paling membimbangkan ialah perubahan besar terhadap musim di bumi.

Kita mengalami musim bunga, panas, luruh dan sejuk kerana paksi bumi condong.

bunga
Kredit: ImageFX

Kecondongan bumi adalah sekitar 23.5 darjah berbanding satah orbitnya mengelilingi Matahari.

Difahamkan, tarikan graviti bulan membantu menstabilkan kecondongan ini.

Tanpa bulan, kecondongan bumi berkemungkinan berubah-ubah secara ekstrem. Ia boleh menjadi hampir tidak condong langsung.

Ini bermaksud, tiada musim akan berlaku dan cuaca akan menjadi melampau sehingga berpotensi mencetuskan zaman ais.