Setiap hari kita guna jalan raya, mesti anda pernah perasan satu perkara iaitu stesen minyak yang dibina di kawasan yang sibuk selalunya terletak berdekatan antara satu sama lain.
Ini berkait dengan Hotelling’s Law, iaitu teori yang menerangkan bagaimana perniagaan yang menawarkan produk atau perkhidmatan sama cenderung beroperasi berdekatan antara satu sama lain untuk menarik pelanggan di kawasan yang sama.

Jadi, bila banyak stesen minyak berada dalam kawasan yang sama, setiap jenama perlulah ada cara tersendiri untuk stand out dan buat pengguna pilih mereka.
Ada sesuatu yang istimewa menanti anda di stesen PETRONAS!
Sebab itu, Kedai Mesra juga suka ‘belanja’ pelanggan dengan pelbagai kempen yang menawarkan ganjaran dan hadiah yang gempak-gempak belaka.
PETRONAS sekarang sedang menganjurkan kempen Senangnya! Ini Baru Mesra bermula 1 September hingga 31 Oktober yang menawarkan hadiah utama wang tunai berjumlah RM10,000 untuk 10 orang pemenang bertuah.

Hadiah-hadiah lain yang sedia untuk dimenangi adalah motosikal elektrik Blueshark SoloEra Solo 1C (2 pemenang), rangkaian produk dan ganjaran daripada PETRONAS termasuk PETRONAS Syntium, PETRONAS Sprinta, baucar AutoExpert, e-baucar PETSHOP serta mata ganjaran Mesra Rewards bernilai sehingga RM500 (92 pemenang).
Syaratnya cukup mudah, anda cuma perlu berbelanja minimum RM15 di Kedai Mesra untuk menyertai kempen ini. Satu transaksi satu penyertaan. Lagi kerap anda berbelanja, lagi banyak penyertaan, maka lagi tinggi peluang nak menang tau.
Transaksi pembayaran pula menggunakan aplikasi Setel atau Mesra Rewards Tanpa Kad dan pastikan anda memasukkan nombor telefon di kaunter.
Lebih istimewa, pelanggan yang membuat pembayaran menggunakan kad Visa turut berpeluang memenangi Hadiah Istimewa Visa berupa baucar beli-belah AEON, Servay atau Emart bernilai RM3,000.
Untuk maklumat lengkap mengenai terma dan syarat penyertaan, anda boleh rujuk pautan ini : https://www.mymesra.com.my/bm/promosi/inibarumesra.
Apa itu Kedai Mesra?
Pendek kata, pendekatan PETRONAS hari ini bukan lagi sekadar menyediakan tempat untuk kita mengisi minyak, tetapi menawarkan pengalaman dan perkhidmatan yang lebih menyeluruh untuk memudahkan urusan pelanggan.
Bermula dari singgah untuk mengisi minyak, beli makanan dan minuman, cari snek untuk perjalanan sehinggalah mendapatkan pelbagai keperluan harian yang lain di Kedai Mesra.

Paling penting, Kedai Mesra selalu ada kempen dan ganjaran yang best-best untuk pelanggannya.
Jadi, lain kali bila singgah PETRONAS, lepas isi minyak jangan terus gerak. Singgah dulu di Kedai Mesra, okay.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web dan Facebook PETRONAS

