Siakap Keli
wanita maut ular sawa
Gambar: Tribunnews

Pilu, Wanita Maut Dililit Ular Sawa Sepanjang 6.5 Meter

Pilu, Wanita Maut Dililit Ular Sawa Sepanjang 6.5 Meter

SULAWESI TENGGARA — Seorang wanita maut selepas dililit dan hampir ditelan oleh seekor ular sawa batik sepanjang 6.5 meter dalam satu kejadian di sebuah kebun berhampiran rumahnya di Kabupaten Buton, Sulawesi Tenggara, lapor Tribunnews.

Difahamkan, mangsa dikenali sebagai Wa Siti, 55, ditemui oleh anaknya dalam keadaan menyayat hati, dengan kepala sudah berada di dalam mulut reptilia itu.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Pasarwajo, Inspektor Hardi, selepas anak mangsa terdengar jeritan lalu bergegas ke lokasi kejadian.

“Anaknya menemui mangsa dalam keadaan sudah dililit ular dan kepala mangsa berada dalam mulut reptilia itu,” katanya pada Sabtu.

Penduduk kampung yang turut terdengar jeritan itu juga bertindak pantas untuk membunuh ular berkenaan dan menyelamatkan mangsa.

Bagaimanapun, mangsa dilaporkan sudah meninggal dunia meskipun ular berkenaan berjaya dibunuh oleh penduduk setempat.

Dalam pada itu, pakar herpetologi dari Lembaga Ilmu Pengetahuan Indonesia (LIPI), Amir Hamidy berkata, reptilia itu merupakan spesies ular sawa batik atau Python reticulatus yang sememangnya terdapat di kawasan hutan Sulawesi.

Ular berkenaan juga terkenal sebagai ular terpanjang di dunia. Di habitat semula jadi. ia boleh membesar mencapai panjang sehingga 7 meter, manakala di sangkar, ia boleh mencapai panjang 10 meter.

“Ular sawa di kawasan Sulawesi boleh membesar dengan sangat besar dan panjang kerana ia merupakan puncak tertinggi dalam rantaian makanan,” katanya.

Kejadian ini bukanlah kali pertama dilaporkan berlaku. Pada 15 Ogos tahun lalu, seorang maut selepas dililit seekor ular sawa sepanjang 4.5 meter di kebunnya di Kota Palopo, Sulawesi Selatan.

Sumber: Tribunnews

BACA: UNRWA: “Gaza Semakin Hampir Ke Arah Kebuluran Yang Amat Dahsyat”

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.