Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lelaki Kongsi 'View' Tasik Kenyir Yang Jarang Di Lihat Pada Kedalaman 50 Meter

tasik kenyir
Kredit: Threads asrullatef_

Sebut sahaja Tasik Kenyir, mesti ramai terbayangkan percutian menaiki houseboat, aktiviti memancing dan pemandangan hijau yang mendamaikan.

Iklan

Destinasi di Hulu Terengganu ini sememangnya cukup sinonim dengan pencinta alam yang mahu berehat daripada kesibukan harian.

Dikelilingi hutan hujan tropika yang antara tertua di dunia, Kenyir merupakan antara tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara. Ratusan pulaunya pula menjadikan panorama tasik ini begitu istimewa.

Menariknya, tasik ini dikelilingi ratusan pulau kecil dengan tumbuhan subur hutan hujan tropika, yang pada suatu ketika dahulu merupakan puncak bukit dan kawasan tinggi yang tidak ditenggelami air.

Tasik Kenyir terbentuk hasil pembinaan empangan untuk menjana tenaga hidroelektrik menerusi Stesen Janakuasa Hidroelektrik Sultan Mahmud.

Kredit: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah

Kawasan ini juga menyimpan pelbagai sejarah dan khazanah sejak ribuan atau mungkin lebih puluhan tahun dahulu.

Namun, di sebalik panorama yang biasa kita lihat dari atas bot, pernah tak anda terfikir bagaimana rupa Tasik Kenyir pada kedalaman puluhan meter di bawah permukaan air?

50 Meter Di Bawah Permukaan Tasik Kenyir

Menerusi satu perkongsian di Threads, seorang lelaki menggunakan nama akaun asrullatef_ berkongsi pemandangan di dalam Tasik Kenyir pada kedalaman 50 meter.

Pemandangan berkenaan memberikan gambaran seolah-olah berada di sebuah ‘dunia asing’, sekali gus memperlihatkan sisi Kenyir yang jarang dapat dinikmati pengunjung biasa.

Dalam perkongsian berkenaan, memaparkan lelaki berkenaan menyelam dengan berpakaian sut selam lengkap berwarna oren.

Bermula dari permukaan tasik yang diterangi cahaya, perlahan-lahan ke bawah meter demi meter, cahaya yang tadinya terang kini makin ditelan gelita.

Hanya berbekalkan tali sebagai panduan untuk menyelam hingga ke dasar.

Seperti gerbang ke dunia bawah, tali bagai nyawa untuk membawa mereka ke bawah hingga mencecah dasar tasik melihat kepada lumpur dalam klip berkenaan.

Sebelum ini, dia bersama rakan-rakan telah melakukan penyelaman pada kedalaman mencecah 47 meter di tasik berkenaan.

Bagi yang belum pernah melihat pemandangan dalam Tasik Kenyir, perkongsian ini memberikan peluang untuk mengenali satu lagi sisi destinasi terkenal tersebut.

Selalu menikmati ‘view’ dari atas air sahaja, kali ini dapat mengintai suasana pada kedalaman 50 meter pula.

Untuk makluman, kedalaman maksimum Tasik Kenyir adalah sekitar 145 hingga 146 meter pada kawasan tertentu, manakala kedalaman purata tasik ini adalah kira-kira 37 meter.

Video penuh selaman boleh ke akaun asrullatef_.

Intipati
  • Asrullatef_ berkongsi rakaman selaman di Tasik Kenyir pada kedalaman 50 meter.
  • Rakaman itu memaparkan penyelam bersut oren menggunakan tali sebagai panduan turun ke dasar.
  • Kedalaman maksimum Tasik Kenyir sekitar 145 hingga 146 meter di kawasan tertentu.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan