Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Dirakam Dari Orbit Bumi, Satelit ICEYE Kongsi 'Wajah' Litar Sepang Yang Jarang Dilihat Pada Hari Terakhir F1 Bahrain GP

Litar Sepang
Kredit: Instagram @iceye_global

Baru-baru ini, Syarikat teknologi satelit terkemuka, ICEYE mencuri perhatian ramai apabila berkongsi gambar satelit, wajah penuh Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dari orbit bumi.

Lebih mengagumkan, imej yang diambil menerusi modul teknologi Synthetic Aperture Radar (SAR) pada resolusi tajam 25 cm (Dwell Precise) itu memaparkan panorama keindahan trek perlumbaan ikonik Malaysia itu dari angkasa lepas.

Wajah Litar Sepang Dari Angkasa Lepas

Antara yang dirakamkan dalam perincian gambar itu adalah struktur trek dan selekoh; kawasan speed trap dan pit, teknologi pintar penuh cuaca.

Imej  yang dikongsikan ICEYE itu dirakam pada 4 Oktober 2026, hari terakhir acara Formula One (F1) Gulf Air Bahrain Grand Prix (GP) berlangsung di SIC.

‘View’ SIC Dah Macam Ala-Ala Movie

Sebelum ini, pemandangan di SIC turut menjadi perhatian apabila netizen memuji ‘view’ litar tersebut yang dikatakan mempunyai suasana seakan-akan dalam filem.

Selepas sembilan tahun menyepi, ruang litar SIC kembali dipenuhi dengan bingit jentera berkelajuan tinggi itu.

Kehadiran F1 di Sepang bukan sahaja menarik minat rakyat tempatan malah seluruh dunia yang datang untuk menyaksikan perlumbaan ini.

Difahamkan, lebih 260,000 peminat hadir ke litar berkenaan mengatasi rekod sebelum ini, iaitu 126,690 penonton yang dicatatkan pada GP Malaysia 2008.

Untuk maklumat  Formula 1 Grand Prix Bahrain di Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dilangsungkan pada 2 Oktober hingga 4 Oktober 2026.


Sumber:Instagram
Intipati
  • ICEYE berkongsi imej satelit Litar Sepang yang dirakam dari orbit bumi.
  • Imej SAR beresolusi 25 cm memaparkan trek, selekoh, speed trap dan pit.
  • F1 di Sepang dilaporkan menarik lebih 260,000 peminat sepanjang acara berlangsung.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan