Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Rasuah Salah Guna Kuasa pm
Gambar: Bernama

Tiada Kompromi Terhadap Rasuah, Salah Guna Kuasa Dalam Kerajaan – PM 

Iqbal Yasir

Tiada Kompromi Terhadap Rasuah, Salah Guna Kuasa Dalam Kerajaan – PM

BACHOK, 12 April (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Kerajaan Perpaduan tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang bentuk penyalahgunaan kuasa dan rasuah, sama ada dalam kalangan pegawai kerajaan, mahu pun ahli politik.

Beliau berkata kerajaan komited untuk memerangi perbuatan menyalah guna peruntukan kerajaan demi kepentingan peribadi, termasuk manipulasi tender serta penyelewengan dana pembangunan.

“Saya isytihar perang dalam perkara ini. Saya tidak izinkan mana-mana pegawai atau orang politik guna peruntukan kerajaan untuk salah guna tender dan ‘sakau’ untuk kekayaan diri mereka.

“…kerana kalau sistem ini tidak betul, dapat hasil negara banyak sekali pun, ia akan hilang jika masing-masing sibuk nak kayakan diri sendiri. Kalau mahu berniaga, silakan, tetapi jangan guna kedudukan dalam kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 Peringkat Negeri Kelantan di Pantai Irama, di sini, hari ini.

Perdana Menteri berkata jawatan dalam kerajaan tidak seharusnya dijadikan jalan pintas untuk mengumpul kekayaan peribadi.

“Nak berniaga, berniaga betul-betul, tapi kalau guna kedudukan dalam kerajaan, saya tak izinkan. Ini bukan jawatan untuk jadi kaya, bukan Perdana Menteri mesti kaya,” katanya.

Mengulas dakwaan pilih kasih dalam pendakwaan, Anwar berkata proses keadilan dijalankan mengikut sistem perundangan negara.

“Walaupun ada yang kata pilih kasih, itu bukan kerja saya. Yang menyiasat ialah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang mendakwa ialah Peguam Negara, dan yang putuskan (hukuman) itu adalah mahkamah,” katanya.

Sumber: BERNAMA

BACA: UNRWA: “Gaza Semakin Hampir Ke Arah Kebuluran Yang Amat Dahsyat”

BACA: Isu Pencerobohan Tanah Masjid: Ini Penjelasan JAIS

BACA: Pilu, Wanita Maut Dililit Ular Sawa Sepanjang 6.5 Meter