Dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19 di negara kita dengan mengasingkan atau kuarantin pesakit daripada orang sihat dan mereka akan mendapatkan rawatan daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Namun, tempoh kuarantin boleh menjadi waktu yang sukar bagi sesetengah orang. Pelbagai faktor boleh menjadi penyebab kepada tekanan perasaan semasa kuarantin.
Oleh itu, bagi membantu mengurangkan gangguan emosi semasa tempoh kuarantin tersebut, KKM ada menyediakan talian sokongan psikologi Covid-19 kepada yang memerlukan.
Selain daripada talian sokongan psikologi Covid-19, anda juga boleh melakukan beberapa aktiviti seperti yang dinasihatkan dalam infografik ini.
Apa yang boleh anda lakukan jika anda seorang dewasa, warga emas dan kanak-kanak?
Jika anda mengalami gangguan emosi, KKM menyediakan talian sokongan Psikologi bagi membantu menasihatkan anda secara positif.
Sumber: KKM