Siakap Keli
Gambar via deccanherald.com

Pasangan Suami Isteri Dilapor Bertindak Kejam, Bunuh 2 Anak Sendiri Untuk Tujuan Pemujaan

TIRUPATI – Pasangan suami isteri dilaporkan telah membunuh dua anak perempuannya dengan kejam di Madanapalle di daerah Chittoor AP pada hari Ahad yang lalu. Pasangan itu didakwa melakukan perbuatan tersebut kerana mempercayai bahawa anak perempuannya akan hidup kembali dalam tempoh 24 jam.

Menurut laporan, pihak polis mengatakan bahawa pasangan itu mengorbankan kedua-dua anak perempuannya untuk melakukan aktiviti ritual dan pemujaan di mana mereka mendakwa anaknya akan hidup kembali dalam keadaan yang suci.

“Beri kami waktu hingga larut malam. Kami akan membawa mereka kembali,” katanya ketika pihak polis sampai di rumah mereka.

Tambahan itu, jiran mereka mendakwa mendengar jeritan dari arah rumah tersebut namun pasangan itu mengatakan bahawa mereka sedang melakukan pemujaan khas. Sekitar jam 9 malam pada hari Ahad, si suami memberitahu seorang rakannya mengenai kedua anaknya yang dipercayai telah dikorbankan untuk aktiviti ritual dan pemujaan.

Sebaik sahaja mendengar perkara itu, rakannya memberitahu kepada pihak polis untuk bergegas ke tempat kejadian. Pasangan itu awalnya tidak membenarkan pihak polis untuk masuk ke dalam rumah tetapi pihak polis memasukinya secara paksa dan mendakwa melihat objek pemujaan yang bersepah di dalam rumah berkenaan.

Mayat salah seorang anaknya didakwa terbaring di bilik pemujaan sementara mayat anak perempuan kedua pula ditemui dalam keadaan telanjang dan berlumuran darah di bilik tidur di tingkat dua rumah tersebur. Mayat tersebut dibawa ke hospital kerajaan untuk dibedah siasat.

Chittor SP S Senthil Kumar mengatakan, “Ilmu hitam telah mendorong mereka untuk membunuh anak perempuan mereka sendiri. Kami akan memberi maklum balas sekiranya terdapat sebab lain di sebalik pembunuhan ini.

Sumber: Times of India

Nabila

Memilih untuk menjadikan pena sebagai duri yang memberi manfaat kepada manusia