Siakap Keli

“Pocong Tu Gelak Je..,” Pelakon Cerita Kejadian Seram Semasa ‘Shooting’ Telefilem 44 Hari Bangkitnya Pocong

Siapa yang pernah mengalami pengalaman seram di rumah atau di mana-mana saja? Mesti rasa seram sejuk kan. Tambah-tambah lagi kalau berada di rumah yang ditinggalkan lama bertahun.

Pengalaman misteri seorang pelakon yang dikenali sebagai Kodi Rsheed ini memang meremang. Mana taknya, dia yang sedang menjalani penggambaran telemovie cerita seram dan mengalami sendiri perkara-perkara seram di tempat set penggambaran.

Saya akan ceritakan pengalaman seram semasa kami shooting telemovie ni…

Allah ramainya yang park terima kasih semua, tunggu tau.. jap lagi aku cerita kat korang now tengah ada kerja jap. Jumpa korang after settle semua.

Sorry lambat korang, tak sangka korang excited & tak sabar nak baca alhamdulillah, ni sebab aku tengah bosan and banyak masa so saja nak share pengalaman masa shooting telemovie ni.

Ada beberapa benda yang terjadi masa aku shooting telemovie ni. Baca thread ni sampai habis. Aku kongsikan pengalaman seram sepanjang aku shooting telemovie ni.

Pengalaman berlakon dalam telemovie ni berbeza sikit, sebab selalu dapat character jahat tapi kali ni dapat character baik and menarik then cerita seram pulak tu.

Masa aku kat rumah tengah nak chill, aku dapat call dari producer untuk shoot telemovie ni yang bertajuk “44 hari bangkitnya pochong” dengar tajuk pun aku dah seram apatah lagi nak shoot telemovie ni …

So aku accept & mulakan shooting sebelum pkp, kami shooting di sebuah rumah yang terletak di Kuala Pilah Seri Menanti Negeri Sembilan, harini baru aku nak start share kat korang selepas habis shoot. Aku ceritakan sikit sinopsis cerita telemovie ni.

Sinopsis jalan cerita telemovie ini…

Ada kisah suami isteri disebuah kampung, laki dia nama pak anjang & mak dia nama maimun, aku ni kena jadi anak maimun, maimun ni dia macam guna gunakan laki dia, macam bagi nasi kangkang la apala, sng cerita dia derhaka pada laki dia masa hidup.

Maimun ni pulak asyik gaduh dengan jiran and dibenci oleh orang kg, One day maimun ni meninggal and mayat dia tak tenteram, so dia ganggu semua penduduk kampung, tu yang adanya pocong dalam telemovie ni.

“Aku nak cerita kat korang ni pun meremang bulu roma aku….”

Pengalaman aku masa aku shoot cerita ni, nak dijadikan cerita ada benda lain yang jadi masa aku shoot cerita ni. Dah kata pun berlakon cerita yang ada pocong, aku nak cerita kat korang ni pun meremang bulu roma aku.

Masa siang ok lagi sebab shoot scene lain, masa nak shoot adanya pocong, macam macam yang aku dapat rasakan, seram sejuk, ditambah pula dengan MUA yang makeup pocong seram gila nak mati. Credid to MUA yang berjaya buatkan muka tu pocong tu seram.

Dengar dari pengalaman owner rumah sendiri (wan) wan ni nenek kat rumah ni, rumah ni sebenarnya memang dah pernah berlaku macam macam perkara, tapi wan taknak cerita pape kat kami, sampai kami habis shoot, so aku cerita dulu apa yang berlaku pada malam tu.

Sebenarnya aku memang dah disediakan bilik kat resort sri menanti tapi aku hanya duduk situ malam pertama je. Hari lain semua aku tido kat rumah wan (nenek) tu sebab aku nak amik feel character and senang nak bangun tak kelam kabut untuk shoot esok paginya tu.

Yela sebab habis shooting pun dah lambat. So wan (nenek) tu pun memang suruh tinggal situ sebab die tinggal sorang. Aku tak boleh brain jugak seorang nenek tinggal rumah besar sorang-sorang. Anak dia lelaki dah kahwin tapi tak duduk situ but anak dia selalu balik tengok mak dia.

Malam pertama aku stay kat rumah wan (nenek), Masa tu habis shoot pukul 4 pagi then dah wash up semua aku pun nak start tido around pukul 5 pagi sebab penat sangat.

Aku pun fikir tidur kejap la dalam sejam macam tu sebelum nak solat subuh. Port tido aku kat atas memang ngam teruk. Wan (nenek) tido kat bawah agak jauh dari aku.

Aku pun fikir tidur kejap la dalam sejam macam tu sebelum nak solat subuh. Port tido aku kat atas memang ngam teruk. Wan (nenek) tido kat bawah agak jauh dari aku.

Aku cuba jugak sambung tido balik time tu tapi tak boleh sebab aku dengar ade orang jalan. Yela rumah kampung kan kayu kalau orang berjalan bole dengar. Aku pun panggil wan tapi tak ada sape sambut pun.

“Tak kelakar weh bunyi ada orang jalan dekat dalam rumah time macam tu.”

Aku pun tergerak hati nak bangun bukak lampu semua, tapi takda sape, aku pun turun bawah tengok wan (nenek) tengah tido.

Tak kelakar weh bunyi ada orang jalan dekat dalam rumah time macam tu. Aku pun pergi toilet laju-laju ambik wuduk lepas tu nak standby subuh la walaupun ada masa lagi dalam setengah jam macam tu.

Awal-awal lagi aku dah tak sedap hati nak shoot dalam rumah ni…

Lepas tu terus pergi kat tempat tido aku baring tapi pejam mata. Lepas tu makin kuat pulak orang berjalan macam berlari ke arah aku laju-laju la aku bangun. Terus tak jadi tido.. lepas subuh aku baring sambil cuak then aku terlelap sendiri.

Awal-awal lagi aku dah tak sedap hati nak shoot dalam rumah ni sebenarnya, sebab masa tengah shoot tu bau yang pelik macam bau kencing. Kitorang terganggu dengan bau tu kena la cari kot2 ada kucing kencing ke apa, tapi tak jumpa.

Sambung hari kedua tidur di rumah wan, shoot paling seram bila kene buat scene mayat maimun dah mati tapi dia boleh duduk masa orang tengah baca yasin. Watak aku aizat so kira aku baru balik dari singapore kerja kat sana.

Kau cuba bayangkan bila kau dapat tahu mak kau dah meninggal lepas tu tiba2 dia bole duduk dengan muka sebelah macam pocong!! Sangat tak boleh brain!!

Untuk pengetahuan korang, pocong ni nak makeup dia agak lama and makan masa, jadi kami ada bekalan beberapa hari je untuk habiskan shoot.

So malam seterusnya aku tido lagi rumah tu sebab aku tak peduli la pasal hantu ke apa yang aku tau nak cepat2 siapkan kerja and aku nak feel character plus aku pun dah lama tak balik kampung. Malam tu lagi real

“Time ni around pukul 4 pagi camtu. Aku tengah tido tiba-tiba….”

“Pammmmmm!” benda jatuh kat ruangan wan, bunyi tu kuat sangat sampai aku terjaga. Lepas tu aku terus bangun ingatkan wan jatuh ke ape.

Aku terus lari tengok wan tapi dia dengan lenanya tengah tido. Masa aku nak menuju ke tempat tido aku perasan dekat belakang aku macam ade orang ikut tapi aku buat bodoh je terus sampai tempat tido.

Aku baru je nak lelap tiba2 kat bilik sebelah bunyi orang tutup pintu.. tutup kuatkuat. Aku pon apa lagi jerit aaa “Woiii!! aku sergah jap sebab terperanjat.. dengan lafaz bismillah and zikir aku terus buat tak tahu and tido. Tapi tido aku tak lena sampai la hari dah terang..

Malam kejadian memang aku takkan dapat lupakan sampai bila-bila, ada jugak pengalaman dari seorang team kami kongsi cerita masa tidur dirumah wan.

“Masa dia otw nak tidur dia perasan ada 2 ekor pocong berdiri sebelah dia satu tinggi satu rendah.”

Bila dia baca ayat kursi pocong tu gelakkan dia. Tapi die tak bole nak bangun or lari sebab badan dia jadi kaku. Lagi scary!! Sampai dia berzikir baru pocong tu hilang..

Kami tidur di rumah wan sampai hari last day kami shooting. Masa nak balik aku pun tergerak hati nak tanya wan sendiri pasal rumah ni, aku tanya dalam bahasa nogori, sebab mak aku orang nogori..

Wan cakap dah biaso… selalu je ade dengar orang berlari la… ketuk tingkap la… tapi wan buat bodoh jo…

“Wan tiap-tiap malam ado bunyi polik2 kek tompek den tido. Wan tido soghang tak takot ko?” Wan cakap dah biaso… selalu je ade dengar orang berlari la… ketuk tingkap la… tapi wan buat bodoh jo.

Baru wan tu cerita kat aku yang tempat aku tido tu memang port bende2 ni bermain. Sebab kat situ ada tiang ape ntah namanya aku pun lupa dah. Kalau korang duduk kampung korang mesti tau.

Tak dinafikan rumah yang kami shooting ni sangat seram, di tambah pula kami nak shoot cerita yang seram, mungkin jin atau syaitan ni dah perasan yang kami macam dah ganggu tempat mereka, wallahualam.

 

 

Sumber: Kodi Rasheed

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.