Siakap Keli
Kredit: Indozone

Didakwa Rogol Anak Sendiri Sampai 20 Kali, Lelaki Mengaku Bersalah & Sedia Dimandulkan Sebagai Tanda Permohonan Maaf

Seorang bapa di Indonesia bersedia menerima hukuman dimandulkan atas kesalahan didakwa merogol anak perempuannya yang berusia 13 tahun sebanyak 20 kali.

Suspek yang berusia 55 tahun itu telah mengaku bersalah dan membuat permohonan maaf kepada isteri, anak dan pihak polis.

Difahamkan, suspek yang juga bekerja sebagai pemandu teksi itu sudah melakukan perbuatan terkutuk tersebut sejak 2018 lalu ketika isterinya tiada di rumah atau sedang memasak di dapur.

Malang sekali, sifat ‘haruan makan anak’ yang ada pada suspek turut diwarisi anak lelakinya, iaitu abang kepada mangsa.

Anak lelakinya yang berusia 15 tahun itu juga mengaku bahawa dia sering tergoda melihat tubuh badan adiknya sendiri ketika tidur, selain turut terpengaruh dengan video porno.

Sama seperti ayah, si anak lelaki tersebut juga membuat pengakuan bersalah di hadapan ibu dan pihak polis.

Sebagai bapa, suspek sepatutnya menjadi pelindung kepada keluarga khususnya keselamatan anak perempuan, namun apa yang terjadi adalah sebaliknya.

Pegawai polis yang menjalankan siasatan ke atas kes, Aris Merdeka Sirait berharap agar suspek dan anak lelakinya dikenakan hukuman mengikut undang-undang, termasuk hukuman tambahan iaitu dimandulkan.

Sumber: Indozone

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'