Angka jangkitan COVID-19 di Malaysia sedang meningkat di seluruh negara. Hampir kesemua negeri kini dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung semula wabak ini.
Tidak kira orang awam, ahli politik mahupun selebriti, tiada yang terkecuali daripada risiko wabak ini. Baru-baru ini, pakar motivasi dan penceramah terkenal, Azizan Osman mengesahkan beliau dan 31 ahli keluarganya telah dijangkiti wabak tersebut.
Kongsinya di laman Facebook, semuanya bermula apabila beliau sekeluarga menjadi kontak rapat kepada seorang individu yang positif virus itu pada 7 Januari lalu.
“Covid hampir meragut nyawa saya! (Pada pukul) 1.44pm, Jumaat, 15 Jan 2021, saya dah hampir maut! Nafas saya sesak! Doktor kata peluang saya amat tipis! Tapi sesuatu berlaku yang membuktikan kekuasaan Allah SWT,” katanya.
“Saya dan keluarga diuji dengan Virus Covid-19… 31 ahli keluarga saya dijangkiti Covid dan ibu mertua saya telah kembali ke rahmatullah…”
Ujar beliau, ujian itu amat perit dan mengerikan buat mereka.
“Covid is real, the struggle is real. Ini adalah perjuangan yang benar kalau anda ada simptom atau pada tahap yang teruk,” tambahnya.
“Masa itulah saat penentu untuk pergi atau kekal. Anda tak boleh bernafas, anda tak boleh tarik, anda tak boleh hembus, hanya gunakan mesin untuk terus hidup dan berjuang dengan otak, emosi dan diri.
“Anda mahu hidup? Anda mahu berjuang? Itulah saatnya..” tambah beliau sambil mengepilkan beberapa gambar dirinya semasa mendapatkan rawatan.
Covid hampir meragut nyawa saya!1.44pm, Jumaat 15 Jan 2021 – Saya dah hampir maut! Nafas saya sesak! Doktor kata…
Posted by Azizan Osman on Wednesday, January 27, 2021
Sumber: Azizan Osman