Siakap Keli
Gambar via Daily Star

Sering Diejek, Wanita Tampil Bergaya & Kurus Selepas Menjalani Pembedahan, Bikin Para “Haters” Terkejut

Seorang wanita pernah digelar sebagai ‘ikan paus’ ketika zaman persekolahan ekoran bentuk badannya yang gemuk kini didakwa berjaya kurus setelah menjalani pembedahan.

Jackie Campbell dari Texas menjadi bahan gurauan oleh rakan sekelasanya di mana dirinya adalah penyebab berlakunya ‘gempa bumi’.

Menurut laporan, ketika umurnya 18 tahun, wanita berkenaan memberanikan diri untuk mengubah dirinya sekaligus membuktikan dirinya mampu menjadi seorang yang cantik. Pada tahun 2017, Jackie mendakwa dirinya terbang ke Mexico dan menjalani pembedahan untuk menguruskan badan.

Jackie berkata perubahan dirinya itu telah mengubah sepenuh hidupnya di mana dirinya mendakwa mendapat kehidupan yang lebih positif dan menjadikan hari-hari yang buruk kelihatan lebih ceria. Malah, orang yang dahulunya tidak suka akan dirinya kini terkejut bahkan menyukai dirinya.

Berikutan itu, dirinya menganggap kata-kata yang dilontarkan oleh masyarakat sekeliling termasuk rakan sekolahnya sebagai suatu kritikan untuk dirinya berubah menjadi lebih baik seperti sekarang.

Sumber: Daily Star

Nabila

Memilih untuk menjadikan pena sebagai duri yang memberi manfaat kepada manusia

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.