Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ada Tauke Buat Hal ‘Curi’ Gas Subsidi, Punca Rakyat Kena Tempias?

Amira
gas subsidi ungu
Kredit: Bernama

Ada Tauke Buat Hal ‘Curi’ Gas Subsidi, Punca Rakyat Kena Tempias?

Semenjak dua menjak ni ramai kecoh dengan ‘tong ungu’ di media sosial. Bagi yang ketinggalan, tong ungu merujuk kepada tong gas LPG 14kg tidak bersubsidi yang diwajibkan untuk tujuan komersial.

Pendek kata, para peniaga tak boleh menggunakan tong hijau dan boleh disaman jika berbuat demikian.

Isu ni bukan je buatkan peniaga mimpi ngeri, tapi para pengguna juga susah hati jika harga barang naik selepas ini.

“Tong hijau RM26, tong ungu RM70. Kalau harga ayam goreng sekarang RM5, kiralah berapa harga naik nanti,” tulis salah satu komen warga maya.

Tak kurang juga, ada yang khuatir sekiranya isu beras tempatan disorok sebelum ini berulang kembali.

“Nanti ada la tu yang sorok tong bersubsidi. Sampai orang terpaksa beli tong ungu nak pakai kat rumah sendiri.”

“Mak Kiah tak terkesan”

Kredit: Bernama

Tak lama selepas gelombang keluhan memenuhi media sosial, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Dr Fuziah Salleh memberi jaminan bahawa peniaga kecil seperti ‘Mak Kiah’ tak terkesan dengan pelaksanaan ini.

Katanya, peniaga kecil yang menggunakan tidak lebih daripada tiga tong gas bersubsidi 14kg (42kg) adalah dibenarkan dalam satu-satu masa.

“Kalau guna satu tong untuk goreng pisang, satu untuk mi dan satu untuk air, ‘Makcik Kiah’ masih layak guna tong gas hijau bersubsidi. Tak perlu tukar ke tong gas ungu,” kata beliau di laman Facebook miliknya.

Ada pihak ‘curi’ gas bersubsidi, rakyat tanggung tempias?

gas subsidi ungu
Kredit: Bernama

Baru-baru ini, dalam tempoh kira-kira setengah bulan sahaja, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) telah mengesan 52 kes melibatkan penyelewengan gas LPG oleh pihak industri bernilai RM850,730.

Untuk makluman, undang-undang mewajibkan pemain industri dan peniaga berskala besar menggunakan tong tanpa subsidi bukanlah perkara baru. Mereka dilarang menggunakan tong bersubsidi sejak Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (PPKB) (Pindaan) 2021 lagi.

Pengenalan tong ungu sebagai gas tanpa subsidi ini hanyalah inisiatif untuk memudahkan pihak berkuasa mengesan penyalahgunaan tong bersubsidi di premis tidak bertanggungjawab.

Malah, sebahagian pencuri gas subsidi ini sanggup membahayakan diri sendiri dengan melakukan decanting dengan memindahkan gas dari tong bersubsidi ke tong industri untuk mengaburi mata pihak berkuasa. Mereka juga akan menjual semula gas pada harga lebih tinggi kepada kedai makan, kilang atau pemain industri.

Kerajaan akan pinda PPKB (Pindaan) 2021

gas subsidi ungu
Kredit: Bernama

Dalam kenyataan terbaru semalam, KPDN telah mengumumkan persetujuan Jemaah Menteri untuk meminda semula PPKB (Pindaan) 2021.

Pindaan ini akan mengambil kira keperluan peniaga jualan makanan dan minuman berskala mikro dan kecil secara bersasar selain memastikan undang-undang diperjelas dengan lebih baik untuk memastikan keberkesanan pematuhan dan penguatkuasaan.

Selain itu, kerajaan juga bersetuju agar semakan dan pindaan PPKB (Pindaan) 2021 ini diselaraskan oleh Jawatankuasa Teknikal yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha (KSU) KPDN sendiri.

Jelas kenyataan itu, tiada tindakan undang-undang akan diambil terhadap peniaga-peniaga kecil yang menggunakan gas bersubsidi bagi keperluan premis sendiri sehingga pindaan dimuktamadkan. Oleh itu, para peniaga kecil makanan dan minuman dibenarkan mendapatkan tong bersubsidi tanpa mengemukakan permit barang kawalan berjadual.

Pun begitu, kerajaan menegaskan akan terus membanteras ketirisan melibatkan aktiviti haram decanting dan penggunaan oleh industri melalui OPS GASAK yang dijalankan sebelum ini.

gas subsidi ungu