Siakap Keli
Gambar: Daily Mail

Ibu Terkejut Anaknya Pulang Bersama ‘Kawan Baru’ Dengan Begitu Akrab, Seperti Tiada Rasa Takut

Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun menjadi perhatian orang ramai apabila dilihat seakan ‘berkawan’ dengan seekor anak rusa yang ditemuinya di sebuah hutan, tulis Daily Mail.

Menurut portal itu, kanak-kanak tersebut, Dominic telah mengikut keluarganya bercuti di sebuah resort di Virginia sebelum dia menemui haiwan berkenaan.

Ibu Dominic, Stephanie Brown berkata, mereka sekeluarga sedang mengemas untuk meninggalkan resort tersebut namun secara tiba-tiba Dominic muncul bersama ‘rakan’ barunya itu.

Terkejut dengan gelagat anaknya, wanita itu kemudiannya mengambil gambar kedua-dua mereka sebelum berkongsi di laman Facebook, menarik ribuan tanda suka dan lebih 20,000 perkongsian, tulis portal berkenaan.

Malah, kedua-dua ‘teman’ itu dilihat seperti selesa antara satu sama lain. Ekspresi anak rusa itu juga dikatakan tidak terburu-buru untuk lari ke dalam hutan, sebaliknya merenung Stephanie dengan sifat ingin tahu.

Lapor Daily Mail, wanita itu kemudiannya meminta Dominic menghantar anak rusa itu kembali ke tempat asalnya supaya ia dapat bertemu dengan ibunya di hutan.

Gambar itu turut dikongsikan di Twitter di mana orang ramai teruja melihat gelagat rusa dan kanak-kanak tersebut.

BACA: Buat Beberapa Kerja Sejak 13 tahun, Gadis 19 Tahun Berjaya Hantar Ibu Ayah Ke Mekah & Miliki Syarikat Sdn Bhd Sendiri

Anak rusa tu tengok seakan-akan minta kebenaran

Dia betul-betul jumpa ‘kawan sebaya’

Mata anak rusa tu tak boleh lawan

Sumber: Daily Mail

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.