Siakap Keli
Gambar Via Carlosalberto_gh

Sangat Berbakat, Lelaki 31 Tahun Buat Lukisan ‘3D’ Di Jalanan Bikin Ramai Kagum Dengan Hasil Seninya

Seni lukisan 3D atau 3 dimensi merupakan satu lukisan yang seakan seperti gambar sebenar. Ia memerlukan bakat dan kreativiti untuk menjadikan ia lebih menarik dan menakjubkan.

Bakat dan kreativiti yang terdapat pada lelaki dari Mexico ini membuatkan orang ramai sangat menyukai dan tidak jemu untuk melihatnya. Lukisan dari kekretifan lelaki yang bernama Carlos Alberto GH menunjukkan hasil dan bakatnya di dinding awam di mana orang ramai memberi tumpuan kepada lukisan tersebut.

Carlos menghasilkan pelbagai lusisan dalam bentuk haiwan reptilia seperti burung yang seakan terkeluar daripada dinding, ikan paus yang terpaung di tengah bandar, katak muncul secara tiba-tiba di dinding dan bamyak lagi.

Pelukis jalanan yang berusia 31 tahun ini mampu menghasilkan apa sahaja lukisan dalam bentuk 3D mengikut ilusi optik yang terlintas dalam fikirannya.  Carlos merupakan seorang bekas arkeologi sebelum ini dan kini hanya memfokuskan kerjaya dan masanya dengan mural lukisan 3D yang dikagumi oleh orang ramai.

Carlos Alberto GH mula meminati dan mempunyai bakat dalam seni lukisan pada usia kanak-kanak dan banyak menyertai pertandingan mewarna dan melukis. Namun, seni lukisan anamorfik di jalanan telah membuatkan beliau sanggup meninggalkan kerjaya profesionalnya dan fokus untuk mempelbagaikan lukisan di jalanan.

Pelukis jalanan itu sangat berminat pada lukisan seni anamorfik kerana baginya bidang ini membuatkan beliau mudah berinteraksi dengan orang ramai. Beliau berkata sesuatu karya seni yang dihasilkan sendiri dengan baik mampu menggambarkan seolah-olah lukisan tersebut seperti berada di depan mata dan membuatkan orang ramai lebih menghayati seni tersebut.

 

Sumber : Odditycentral, carlosalberto_gh (Instagram)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.